Kemaskini Terakhir – 5 November 2019
NOTIS COOKIES
Notis Cookies ini menerangkan pelbagai jenis cookies dan teknologi lain ("Cookies") yang mungkin digunakan bersambungan dengan laman dan aplikasi ("Laman") yang dimiliki dan dikawal oleh OMT Hotels Sdn Bhd (dahulu dikenali Tune Hotels Sdn Bhd) (No. Syarikat 200501035610), ECML Hotels Sdn Bhd (No. Syarikat 201701022399), OHG Services Sdn Bhd (dahulu dikenali TP Sepang Sdn Bhd) (No. Syarikat 201101018275), dan Tune Hotels.com (BVI) Limited (No. Syarikat 1009516) (seperti yang berkenaan) termasuk pemegang francais (termasuk tetapi tidak terhad kepada Tune Hotels Regional Services (UK) Limited (No. Syarikat 7057962)), syarikat sekutu, syarikat berkaitan, subsidiari dan gabungan masing-masing yang menjalankan operasi hotel di bawah Tune, Ormond dan/atau jenama MoMo’s (secara kolektif merujuk "Ormond Group Hotels", "Ormond Group"," kami" atau "kita"). Ormond Group menghormati dan mementingkan data dan kerahsiaan anda, Notis Cookies ini menerangkan bagaimana anda boleh menguruskan Cookies. Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana kami menggunakan dan melindungi data anda sila lihat Polisi Kerahsiaan kami.
Jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan bagaimana Cookies digunakan bersambungan dengan Laman kami, Polisi Kerahsiaan kami, atau sebarang kemusykilan atau aduan berkenaan layanan kami terhadap kerahsiaan anda, sila hubungi kami di:
Nama: Ms Cymantha Sothiar
Jawatan: Pengurus, Pejabat Penempahan Utama
E-mel: pdpa@tunehotels.com
Alamat: Pejabat Pematuhan PDPA, Aras Bawah, Bangunan ECM Libra No. 8 Jalan Damansara Endah, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2082 5651
Kenapa kami menggunakan Cookies?
Agar Laman kami beroperasi dengan lebih baik dan untuk membezakan anda dengan pengguna yang lain, kami menggunakan Cookies, seperti penandaan. Cookies membolehkan kami menyediakan pengalaman khusus buat anda tanpa memerlukan anda mengingatkan kami tentang pilihan anda setiap kali melawati Laman kami. Data yang dikumpul boleh digunakan untuk memproses tempahan atau permintaan anda dan untuk menghantar bahan yang anda minati berdasarkan kandungan dan pengiklanan yang berkaitan. Cookies ini bukan suatu kemestian, tetapi mampu mempertingkatkan pengalaman anda.
Apakah Cookies dan fungsinya?
Sebagaimana laman sesawang lain, Laman kami mungkin menggunakan Cookies dan teknologi lain (seperti "penanda piksel", "isyarat laman", "GIF jelas", pautan dalam e-mel, JavaScript, ID peranti yang diberikan Google atau Apple, atau teknologi yang serupa.)
Cookies ialah fail teks kecil yang dimuat turun dan disimpan dalam peranti atau pelayar apabila anda melawati sesuatu laman dan membantu aliran maklumat dan kefungsian. Kami menggunakan Cookies untuk menyokong Laman kami. Sebagai contoh, sesetengah Cookies membantu aspek keselamatan laman atau menyediakan maklumat yang membantu kami mengekalkan dan menambah baik Laman. Maklumat yang terkandung dalam sesetengah Cookies boleh digunakan untuk mengkhususkan kandungan - melalui nombor penglogan dan menyediakan maklumat terkumpul tentang pelayaran laman dan aplikasi – hal ini memberitahu kami jika pengguna menemui apa yang mereka mahu. Setiap Cookies menyimpan data tertentu yang membolehkan tujuan tertentu dipenuhi.
Cookies sahaja tidak boleh digunakan untuk mendedahkan identiti anda kepada kami, walaupun dalam sesetengah kes kami boleh mengaitkan Cookies Ormond Group dan pihak ketiga dengan maklumat peribadi yang anda telah berikan kepada kami atau yang kami dapatkan daripada anda.
Cookies yang digunakan dalam Laman.
Kami mungkin menggunakan beberapa jenis Cookies pada Laman, penerangan ringkas berkenaan Cookies yang mungkin digunakan adalah seperti berikut:
Essential Cookies diperlukan untuk kelancaran operasi Laman kami, dan untuk membolehkan anda meneroka dan menggunakan perkhidmatan serta ciri-cirinya. Mematikan dan menghalang Cookies ini akan memberi kesan negatif kepada kepenggunaan anda dan keselamatan Laman kami ketika anda melayarinya.
Functional Cookies digunakan untuk menyediakan pengalaman pengguna yang terbaik buat anda. Cookies ini, antara lain, digunakan untuk menyimpan pilihan bahasa atau maklumat tempahan anda dan mungkin digunakan untuk mengingatkan anda tentang tempahan yang anda telah lakukan, oleh itu, Cookies ini menjimatkan masa anda jika anda mahu melengkapkan tempahan tersebut kemudian.
Session Cookies hanya disimpan buat sementara ketika sesi pelayaran anda dan dipadamkan daripada peranti anda apabila anda menutup pelayar anda. Kami menggunakan Cookies untuk memahami bagaimana anda menggunakan Laman kami (contohnya apakah pautan yang anda telah gunakan, berapakah tempoh masa yang anda luangkan di halaman tersebut dan apakah halaman yang anda lawati) untuk menyampaikan penambahbaikan kepada pengalaman pengguna.
Persistent Cookies disimpan dalam peranti anda untuk suatu tempoh masa atau sehingga anda memadamkannya. Cookies ini disimpan dalam peranti anda agar tersedia ketika lawatan anda seterusnya, Cookies ini membolehkan kami menjejak dengan tepat kekerapan anda melawati Laman, berapakah kekerapan anda kembali ke Laman, bagaimanakah anda menggunakan Laman ini yang mungkin berbeza dalam suatu tempoh masa dan keberkesanan usaha pengiklanan kami.
Advertising Cookies membolehkan kami dan pengiklan lain menunjukkan produk, tawaran dan iklan yang paling relevan dengan anda di Laman dan laman pihak ketiga, atau melalui e-mel atau platform mesej yang lain. Cookies ini memilih iklan berdasarkan minat anda, termasuk yang dinyatakan atau merujuk pada lawatan ke Laman atau laman, perkhidmatan dan aplikasi dalam talian yang lain. Cookies ini juga mungkin digunakan untuk mengehadkan kekerapan anda melihat sesuatu iklan.
Advertising Cookies termasuk juga Social Plug-In Cookies yang lazimnya diset oleh penyedia rangkaian sosial untuk membolehkan perkongsian lancar kandungan daripada Laman dengan ahli dan bukan ahli rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube dan Pinterest.
Analytics Cookies berfungsi menyediakan maklumat agregat tentang penggunaan Laman oleh anda dan membolehkan kami menggunakan maklumat tersebut untuk memantau prestasi laman, mengira lawatan halaman, mengesan kesilapan teknikal, melihat bagaimana pengguna sampai ke Laman kami dan mengukur keberkesanan pengiklanan.
Teknologi Lain membolehkan kami dan pihak ketiga mengetahui bagaimana anda berinteraksi dengan Laman, iklan dan e-mel kami dan mungkin digunakan untuk mengumpul maklumat bukan peribadi atau maklumat agregat. Maklumat yang diperoleh dan dikumpulkan mungkin digunakan untuk meningkatkan pengalaman anda dan memahami pola lalu lintas.
Data terkumpul memaklumkan tentang kandungan terkhusus seperti iklan.
Data yang dikumpulkan oleh Cookies akan digunakan (berdasarkan kepentingan sah kami) untuk menyediakan tawaran promosi terkhusus buat anda. Sebagai contoh kami akan melakukan sedemikian untuk menghantar tawaran dan promosi yang relevan kepada anda melalui e-mel (dimana anda telah membenarkan kami berbuat demikian). Kami juga akan menggunakan data ini untuk menyediakan tawaran promosi terkhusus berdasarkan laman rakan kongsi terpilih (sebagai contoh, anda mungkin melihat iklan produk kami di laman rakan kongsi seperti Facebook dan Google).
Kami juga berkongsi sebahagian daripada maklumat anda dengan penyedia perkhidmatan pemasaran dan teknologi pengiklanan serta rangkaian pemasaran digital, seperti Facebook, Google dan Adobe, untuk memaparkan iklan yang mungkin menarik minat anda. Sebagai contoh, kami mungkin memindahkan maklumat tentang anda kepada penyedia tersebut. Para penyedia tersebut mungkin akan mengenali peranti anda dan menghantar kandungan dan iklan berdasarkan minat anda. Kami mungkin menghantar maklumat anda seperti nama, e-mel, ID peranti, atau pengecaman lain dalam bentuk kod penyulitan dan mereka mungkin memproses maklumat anda dalam bentuk hash. Para penyedia ini mungkin akan mengumpulkan maklumat tambahan daripada anda seperti alamat IP dan pelayar atau sistem operasi anda. Maklumat mungkin akan digabungkan dengan maklumat daripada komputer lain dalam kerjasama perkongsian data, yang mungkin akan meletakkan atau mengecam Cookies unik mereka pada pelayar anda. Cookies ini mungkin mengandungi data demografi atau data lain.
Maklumat selanjutnya tentang bagaimana kami menggunakan data anda, bagaimana anda boleh menghentikan kami daripada menghantar komunikasi pemasaran langsung seperti e-mel dan hak anda yang lain dinyatakan dalam Polisi Kerahsiaan kami.
Apakah Cookies pihak pertama dan ketiga?
Cookies boleh dihantar oleh pihak yang berlainan.
Jika Cookies datang dari laman kami, itu ialah cookie pihak pertama. Jika Cookies datang daripada laman yang lain, seperti perkhidmatan pemasaran atau penyedia teknologi pengiklanan atau rakan perniagaan kami, itu ialah Cookies pihak ketiga, terutama yang kami pilih untuk menyediakan sesuatu perkhidmatan, seperti lawatan yang lebih terkhusus.
Cookies pihak ketiga yang kami gunakan termasuklah yang disediakan oleh Facebook, Google dan Adobe.
Adakah saya mesti menerima Cookies?
Anda boleh menolak Cookies. Walau bagaimanapun, fungsi laman dan aplikasi akan terjejas. Cookies membantu Laman kami untuk berfungsi dengan betul dan mengkhususkan pengalaman anda. Anda masih boleh melayari Laman tanpa Cookies tetapi sesetengah fungsi standard, pilihan dan fungsi tertentu tidak akan berfungsi. Dengan menerima Cookies, anda membenarkan kami untuk mempertingkatkan pengalaman anda dan mengingati maklumat tentang anda yang boleh membantu mengkhususkan pengalaman anda.
Untuk menarik balik kebenaran, anda boleh menolak atau memadam Cookies. Sila lihat bahagian Mengurus Cookies Anda di bawah untuk mengetahui bagaimana anda boleh melaraskan tetapan pelayar anda.
Kebenaran
Apabila anda melayari atau menggunakan Laman kami anda bersetuju bahawa kami dan pihak ketiga terpilih dalam notis ini boleh menggunakan (seperti yang diterangkan dalam notis ini) data yang dikumpulkan oleh Cookies yang anda benarkan. Jika anda tidak bersetuju, anda boleh menarik balik kebenaran anda dengan mengeset pelayar anda untuk menolak Cookies, lihat di bawah.
Mengurus Cookies anda
Terdapat beberapa cara untuk mengurus Cookies. Anda boleh:
- Mengesetkan pelayar anda untuk menghalang Cookies daripada diterima. Maklumat lanjut terdapat pada menu "help" pelayar anda. Bagaimana untuk melaras pelayar anda bergantung pada pelayar apakah yang anda gunakan.
- Mengesetkan sesetengah pelayar untuk menghantarkan pemberitahuan kepada anda apabila sesuatu laman sesawang cuba meletakkan Cookies pada pelayar anda.
- Mengaktifkan tetapan pada pelayar anda untuk menghalang Cookies dengan menolak semua atau sesetengah Cookies. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan tetapan pelayar anda untuk menghalang semua Cookies termasuk Essential Cookies, akses dan ciri-ciri laman menjadi terhad atau tidak tersedia.
- Menggunakan penghalang iklan untuk menghalang apa-apa alat khusus atau individu, termasuk Google Analytics.
- Memadamkan Cookies yang disimpan dalam pelayar anda dengan "clearing Cookies". Ini hanya akan memadamkan Cookies yang telah tersimpan. Tindakan ini tidak menghalang Cookies baharu diterima kecuali anda mengubah tetapan penerimaan. Di samping itu juga, memadamkan Cookies anda pada satu pelayar dalam satu peranti tidak memadamkan Cookies dalam pelayar lain secara automatik. Anda perlu memadamkan Cookies pada semua pelayar dalam semua peranti secara berasingan.
- Menolak Cookies tertentu, melalui proses menolak Cookies, seperti yang dinyatakan pada jadual di bahagian akhir notis ini.
Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan atau Cookies daripada laman sesawang luar. Jika anda mengikuti pautan daripada laman sesawang kami ke laman pihak ketiga, mereka mempunyai notis kerahsiaan dan Cookies tersendiri.
Penting untuk anda mengetahui bahawa menyekat atau mematikan penggunaan Cookies akan mengehadkan fungsi Laman kami, atau menghalang Cookies daripada berperanan dengan betul. Jika anda memilih untuk tidak membenarkan Cookies anda masih boleh melayari platform namun pengalaman anda tidak begitu bermanfaat berbanding jika anda membenarkan Cookies. Tanpa Persistent Cookies anda tidak berupaya untuk menempah bilik atau mengurus apa-apa tempahan sedia ada memandangkan Cookies diperlukan untuk melengkapkan proses tersebut.