Terms & Conditions

Kemas Kini Terakhir – 5 November 2019

TERMA DAN SYARAT UMUM

APABILA ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI ATAU MEMBUAT TEMPAHAN UNTUK PENGINAPAN DI ORMOND GROUP HOTEL ATAU APABILA ANDA MENGINAP DI MANA-MANA ORMOND GROUP HOTEL ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT PADA TERMA DAN SYARAT BERIKUT. SILA BACA DENGAN TELITI TERMA DAN SYARAT TERSEBUT SEBELUM ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI ATAU MEMBUAT TEMPAHAN ANDA.

UMUM
Terma dan syarat berikut terpakai apabila anda mengakses atau menggunakan laman sesawang kami (https://www.ormondhotels.com),(https://www.tunehotels.com), (https://www.stayatmomos.com/) dan/atau https://www.thechowkit.com/ (secara bersama merujuk “Laman Sesawang” kami) atau perkhidmatan Internet di tempat kami (“WiFi” kami) (secara bersama merujuk “Perkhidmatan” kami). Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk terikat pada terma dan syarat tanpa had atau kelayakan. Jika anda tidak bersetuju dengan terma penggunaan, anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan kami. Kontrak anda adalah dengan OMT Hotels Sdn Bhd (dahulu dikenali Tune Hotels Sdn Bhd) (No. Syarikat 200501035610), ECML Hotels Sdn Bhd (No. Syarikat 201701022399), OHG Services Sdn Bhd (dahulu dikenali TP Sepang Sdn Bhd) (No. Syarikat 201101018275) dan Tune Hotels.com (BVI) Limited (No. Syarikat 1009516) (seperti yang berkenaan) termasuk pemegang francais (termasuk tetapi tidak terhad kepada Tune Hotels Regional Services (UK) Limited (No. Syarikat 7057962)), syarikat sekutu, syarikat berkaitan, subsidiari dan gabungan masing-masing yang menjalankan operasi hotel di bawah Tune Hotel, Ormond dan/atau jenama MoMo’s (“Hotel”) dan para pekerja, pegawai, ejen, pembekal dan penjual (secara kolektif merujuk “Ormond Group Hotels”, “Ormond Group”, “kami” dan “kita”).

Terma dan syarat umum ini bersama Polisi Kerahsiaan, Polisi Tempahan dan Pembatalan, Jadual Bayaran & Jadual Hotel dan Tambahan disediakan di Laman Sesawang (secara kolektif, sebagaimana boleh dipelbagaikan, dipinda dan/atau dibekalkan dari semasa ke semasa, Terma dan Syarat ini) dan pengesahan tempahan yang dikeluarkan oleh mana-mana ahli Ormond Group mengesahkan tempahan anda (“Pengesahan Tempahan”) merupakan kontrak yang secara undang-undang mengikat anda dan Ormond Group dan akan seterusnya ditambahkan dengan peraturan dan kawal selia dalaman yang terpakai khususnya di Hotel yang anda telah tempah untuk penginapan.

Dalam Terma dan Syarat ini, penggunaan perkataan “anda” atau “tetamu/Tetamu” bermaksud mana-mana dan semua individu yang tempahan bilik Hotel dilakukan untuk mereka.

Bagi tempahan Hotel dan penginapan di United Kingdom, sila rujuk terma dan syarat kami bagi bidang kuasa wilayah masing-masing seperti yand dinyatakan di bawah:

United Kingdom – klik di sini

KANAK-KANAK
Perkhidmatan kami tidak disasarkan kepada kanak-kanak di bawah usia 18 tahun dan Ormond Group tidak menyedari bahawa maklumat telah dikumpul daripada kanak-kanak di bawah usia tersebut. Jika anda di bawah usia 18 tahun, sila jangan berikan apa-apa maklumat peribadi kepada kami.

TEMPAHAN
Tempahan Hotel boleh dilakukan secara dalam talian di Laman Sesawang yang relevan.

Bergantung pada jenis tempahan, pembayaran penuh mungkin diperlukan ketika membuat tempahan. Kami menerima pembayaran melalui kad kredit/debit Visa atau Mastercard, PayPal, Alipay atau pindahan bank secara dalam talian untuk kebanyakan hotel kami. Pilihan pembayaran yang disediakan dipaparkan ketika proses tempahan pada Laman Sesawang kami. Yuran pembayaran mungkin akan dikenakan.

Bagi transaksi pembayaran daripada Laman Sesawang kami yang dikendalikan dan diproses oleh Notel Management Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Tune Management Sdn Bhd untuk dan bagi pihak Ormond Hotel Group, Notel Management Sdn Bhd akan membantu Ormond Hotel Group berkenaan sokongan pelanggan dalam isu berkaitan pembayaran seperti pertikaian pengurusan, pembayaran balik, pembatalan dan pemulangan jika berkenaan. Terma dan Syarat bagi pembayaran transaksi tersebut akan ditadbir dan ditakrifkan menurut undang-undang Malaysia tanpa merujuk konflik peraturan undang-undang Malaysia, dan apa-apa pertikaian akan dihantar secara eksklusif ke mahkamah di Malaysia.

Sebaik sahaja tempahan anda berjaya dilengkapkan, pengesahan bagi setiap bilik yang ditempah akan dihantar melalui alamat e-mel yang anda berikan melalui akaun berdaftar anda (“Pengesahan Tempahan”). Jika anda tidak menerima Pengesahan Tempahan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam daripada waktu tempahan, sila hubungi kami di enquiry@tunehotels.com.

Ketika mendaftar masuk ke Hotel, anda MESTI menunjukkan Pengesahan Tempahan bersama dengan dokumen pengenalan bergambar yang asal (kad pengenalan rasmi, pasport, lesen memandu atau kad atau dokumen pengenalan lain yang mungkin Hotel perlukan). Nama Tetamu yang tertera pada Pengesahan Tempahan mestilah individu yang menginap di Hotel jika sebaliknya kami berhak untuk tidak membenarkan individu berkenaan yang sedang mendaftar masuk untuk meneruskan penginapannya di Hotel.

Kad kredit yang digunakan untuk membuat dan membayar Tempahan dalam tempoh lima (5) hari sebelum daftar masuk perlu ditunjukkan ketika atau selepas daftar masuk. Kami berhak untuk meminta kad kredit yang sama yang telah digunakan untuk membuat tempahan untuk tujuan apa-apa pembayaran yang akan dilakukan ketika mendaftar masuk. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kelewatan daftar masuk anda.

Pada setiap masa ketika proses tempahan, anda akan dinasihatkan untuk memastikan ketepatan butiran tempahan anda (butiran tetamu, tarikh penginapan, jenis bilik, kadar bilik, bilangan tetamu). Ormond Group tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan ke atas kesilapan butiran tempahan. Kami tidak akan dipertanggungjawabkan untuk memulangkan kembali atau mengubah tempahan jika anda gagal memberikan notis yang munasabah berkenaan apa-apa kesilapan pada butiran tempahan sebelum tarikh daftar masuk.

Tempahan akan diterima tertakluk kepada ketersediaan bilik.

JAMINAN KADAR TERBAIK
Tempah bilik secara langsung di Laman Sesawang kami – tunehotels.com, melalui telefon atau e-mel untuk mendapatkan kadar terendah. Jika anda mendapati kadar bilik yang lebih rendah untuk bilik dan tarikh yang sama seperti tempahan anda, sila hantarkan tangkapan skrin yang mempuyai butiran seperti laman web dan maklumat tumpahan di mana anda dapati kadar bilik yang lebih rendah ke reservations@tunehotels.com. Kami akan menyemak dan megesahkan maklumat yang anda sediakan, jika maklumat anda disahkan, kami akan memberikan anda 10% dari tempahan anda.

KADAR BILIK
Kadar bilik yang ditunjukkan dalam Laman Sesawang kami dicaj mengikut satu bilik untuk satu malam, dan bergantung pada pakej bilik yang ditawarkan dalam Laman Sesawang, kadar yang dinyatakan dalam Laman Sesawang mungkin termasuk atau tidak termasuk hidangan dan tambahan.

Harga kami adalah berdasarkan model ‘harga dinamik’ dan ditetapkan oleh individu Hotel bergantung pada corak tempahan dan oleh yang demikian akan turun naik bergantung pada tawaran dan permintaan. Harga tempahan anda akan disahkan pada masa bilik anda ditempahkan dan tidak akan berubah dalam kes turun naik kadar antara tarikh anda menempah penginapan anda dan ketibaan anda.

Kadar bilik mungkin termasuk atau tidak termasuk cukai perkhidmatan atau caj perkhidmatan, (seperti yang berkenaan) dan/atau caj atau cukai lain yang serupa tertakluk pada keperluan sesebuah negara atau lokasi Hotel. Kesemua ini akan dicaj pada kadar lazim dan dibayar dalam mata wang negara lokasi terletaknya Hotel.

Kadar dan butiran bilik adalah betul pada masa penerbitan dan tertakluk pada perubahan tanpa apa-apa notis.

Kami berhak membetulkan kesilapan pada kedua-dua harga yang diiklankan dan disahkan. Kami akan bertindak serta merta apabila kami menyedari akan kesilapan tersebut.

CUKAI PELANCONGAN (CP)
Menurut Akta Cukai Pelancongan 2017, caj Cukai Pelancongan sebanyak RM10.00 untuk satu bilik satu malam akan dikenakan ke atas pelancong dan tetamu bukan pemastautin Malaysia. Rakyat dan pemastautin tetap Malaysia dengan kad MyPR dikecualikan daripada membayar cukai pelancongan. Cukai Pelancongan akan dikutip ketika mendaftar masuk dan boleh dibayar secara tunai atau kad kredit. Cukai Pelancongan tidak termasuk dalam kadar bilik.

POLISI LARANGAN MEROKOK
Ormond Group komited dalam menyediakan persekitaran bebas asap rokok di dalam semua premis Hotel kami dan tegas mengamalkan polisi Larangan Merokok di dalam semua premis Hotel kami (“Polisi Larangan Merokok”).

Merokok adalah dilarang di dalam mana-mana bahagian premis Hotel termasuk tidak terhad pada bilik Hotel kecuali di dalam mana-mana kawasan merokok yang dikhaskan oleh Ormond Group (jika ada). Kegagalan untuk mematuhi polisi ini akan membolehkan kami membatalkan tempahan dan penginapan anda di Hotel kami di atas budi bicara kami sahaja dan anda dikehendaki meninggalkan Hotel serta merta tanpa ganti rugi atau pembayaran balik. Anda akan bertanggungjawab di atas apa-apa kos, kehilangan atau kerosakan pada bilik, premis atau harta Hotel, atau yang ditanggung oleh tetamu atau pihak ketiga Hotel, yang disebabkan oleh kegagalan anda untuk mematuhi polisi ini dan Ormond Group berhak mengenakan caj ke atas anda bagi apa-apa seperti kos, kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh Ormond Group atau tetamu atau pihak ketiga Hotel.

SEKATAN

Anda tidak boleh membawa perkara berikut ke dalam Hotel kami:

  • Haiwan peliharaan (kecuali anjing pembimbing berdaftar) atau ternakan;
  • bantal, cadar, duvet atau peralatan tempat tidur lain;
  • apa-apa alat elektrik dan/atau peralatan untuk pemanasan dan/atau tujuan memasak.

Kami berhak untuk mengeluarkan dan/atau merampas dengan serta merta apa-apa perkara di atas jika dijumpai di dalam mana-mana bilik Hotel tanpa notis kepada anda dan mengenakan caj ke atas anda yang ditanggung kerana mengambil tindakan sedemikian atau untuk apa-apa kehilangan atau kerosakan yang berlaku pada bilik, premis atau harta Hotel atau harta atau pada mana-mana tetamu atau pihak ketiga Hotel disebabkan oleh kegagalan anda untuk mematuhi polisi ini.

Kami seterusnya berhak untuk meminta anda meninggalkan Hotel dan mengeluarkan barang kepunyaan anda daripada bilik secara serta merta jika kami, dalam pertimbangan kami, mendapati anda telah menggunakan bilik Hotel dengan cara yang tidak bertanggungjawab atau dengan cara yang mempertaruhkan keselamatan, atau menyebabkan kerosakan dan/atau membahayakan bilik Hotel, premis Hotel, tetamu Hotel, pekerja kamu atau mana-mana individu atau reputasi Ormond Group, tanpa apa-apa ganti rugi dan/atau apa-apa pembayaran semula kepada anda.

DAFTAR MASUK DAN DAFTAR KELUAR
Semua Hotel beroperasi berdasarkan polisi daftar masuk dan daftar keluar yang ketat, bahawa masanya adalah berbeza antara Hotel.

Daftar masuk
Bilik yang ditempah akan disimpan untuk daftar masuk sehingga jam 9.00 pagi pada hari berikutnya selepas hari yang dijadualkan untuk daftar masuk, selepas itu tempahan tersebut dianggap batal sekiranya tetamu tidak muncul dan Ormond Group berhak untuk melepaskan bilik yang ditempah untuk hari penginapan yang berbaki kepada tetamu lain. Dalam kes tempahan yang dibuat untuk bilik guna siang, anda dikehendaki untuk mendaftar masuk tidak lewat daripada satu (1) hari sebelum masa mendaftar keluar yang ditetapkan untuk bilik guna siang. Bagi penginapan bermalam, anda dikehendaki untuk mendaftar masuk tidak lewat daripada jam 9 pagi pada hari berikutnya menurut tarikh mendaftar masuk yang ditetapkan. Tiada bayaran balik akan diberikan untuk apa-apa tempahan yang dibatalkan.

Deposit kad kunci yang akan dikembalikan mungkin akan diperlukan ketika mendaftar masuk di sesetengah Hotel untuk menanggung kos kehilangan atau kerosakan kad kunci yang dikeluarkan.

Daftar keluar
Jika anda membuat keputusan untuk mendaftar keluar sebelum tempoh, kami tidak akan dapat mengembalikan kos baki tempahan yang anda tidak gunakan, atau bertanggungjawab untuk apa-apa kos berkaitan yang anda mungkin tanggung.

PERUBAHAN DAN POLISI WANG TIDAK DIKEMBALIKAN
Pembayaran yang dilakukan untuk tempahan (termasuk Tambahan, jika ada) sama sekali tidak akan dikembalikan.

Perubahan
Perubahan nama Tetamu pada tempahan anda dibenarkan jika dilakukan dalam masa tiga (3) hari atau lebih sebelum tarikh daftar masuk tertakluk pada yuran.

Walaupun kami akan cuba membantu anda untuk membuat apa-apa perubahan pada tempahan yang telah disahkan, dukacita kami memaklumkan permintaan pemindaan tersebut tidak sentiasa dapat ditunaikan. Di mana perubahan boleh dibuat, anda akan bertanggungjawab untuk membayar apa-apa kos tambahan yang ditanggung oleh kami.

Pembatalan
Kecuali dinyatakan sebaliknya oleh kami apabila tempahan dilakukan, semua tempahan tidak boleh dipinda, diubahsuai atau dibatalkan kecuali bagi perubahan nama Tetamu. Apa-apa pembatalan tempahan atau kegagalan untuk tiba pada tarikh daftar masuk yang dijadualkan akan dilayan sebagai tidak tiba berkenaan suatu tempahan dan akan mengakibatkan pembayaran keseluruhan di bawah Pengesahan Tempahan tersebut (termasuk apa-apa cukai yang berkenaan yang dibayar) tidak dikembalikan dan akan terlupus.

Kecuali dinyatakan dengan jelas sebaliknya, tiada perubahan atau pembatalan dibenarkan untuk tempahan promosi. Sila baca dengan teliti terma dan syarat promosi berkaitan, bahawa terma promosi akan terpakai pada tempahan dan akan mengikat anda.

PERMINTAAN KHUSUS
Jika anda mempunyai apa-apa permintaan khusus, anda mesti memaklumi kami ketika anda melakukan tempahan. Walaupun kami akan berusaha untuk memenuhi permintaan yang munasabah berkenaan dengan Hotel, dukacita kami memaklumkan bahawa kami atau Ormond Group atau Hotel berkenaan tidak dapat menjamin apa-apa permintaan akan dipenuhi kecuali kami telah menulis kepada anda dengan pengesahan khusus bahawa permintaan akan dipenuhi. Kegagalan untuk memenuhi apa-apa permintaan khusus tidak akan melanggar kontrak di pihak kami kecuali permintaan tersebut telah pun disahkan secara khusus.

KEMUDAHAN PILIHAN

Penyimpanan Bagasi
Penyimpanan bagasi disediakan hanya untuk tetamu yang sedang menginap di Hotel untuk menyimpan bagasi mereka atau barangan peribadi lain sebelum mendaftar masuk atau selepas mendaftar keluar, tertakluk pada pilihan Hotel.

Setiap barangan bagasi akan ditandai dengan tag pengenalan bagasi dan hanya boleh  diambil oleh pemegang tag tersebut. Jika tag tersebut tidak dapat ditunjukkan ketika tuntutan, kami tetap akan membenarkan bagasi diambil jika individu yang menuntutnya boleh membuktikan, dengan cara yang memuaskan bagi kami, hak dan kuasanya untuk mengambil bagasi tersebut dan Ormond Group tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan kerana melepaskan bagasi tersebut dengan sewajarnya. Setiap bagasi mesti tidak melebihi berat sebanyak 30kg dan tidak boleh melebihi saiz 28”x22”x14”.

Jika bagasi atau barangan anda masih tidak dituntut apabila tamat tempoh maksimum penyimpanan yang dibenarkan, Ormond Group/Hotel mempunyai hak sepenuhnya dan budi bicara untuk sama ada meneruskan penyimpanan bagasi tersebut (caj penyimpanan bagasi akan terpakai secara berterusan dan anda akan bertanggungjawab ke atas caj tersebut) atau melupuskan bagasi atau barangan tersebut tanpa apa-apa liabiliti kepada anda.

Penggunaan kemudahan penyimpanan bagasi di Hotel adalah tertakluk pada risiko anda sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan pada bagasi, kandungan di dalamnya atau barangan peribadi anda (termasuk apa-apa barangan berharga, walaupun kami telah dimaklumkan) ketika penyimpanan atau ketika proses pelupusan itu disebabkan dan anda dengan ini melepaskan Ormond Group daripada apa-apa liabiliti berkenaan dengannya.

KEROSAKAN
Anda bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan walau apa pun yang disebabkan terhadap bilik yang diperuntukkan atau kepada premis Hotel atau harta yang disebabkan oleh anda atau mana-mana individu di pihak anda (sama ada menginap atau tidak menginap di Hotel) semasa penginapan anda. Ormond Group berhak untuk mengekalkan butiran kad kredit dan / atau kad debit anda dan mengecaj atau mendebitkan jumlah sedemikian kerana mengikut budi bicara mutlaknya yang dianggap sesuai dengan kad-kad tersebut untuk membayar pampasan atau ganti rugi kepada kehilangan, kerosakan, kos atau perbelanjaan yang ditanggung atau dialami oleh Ormond Group akibat daripada yang disebut terdahulu.

Ormond Group berhak pada bila-bila masa untuk menamatkan penginapan anda atau mana-mana ahli dipihak anda kerana melakukan salah laku, bahawa yang didapati wajar pada pendapat kami yang munasabah. Tiada bayaran akan dikembalikan dan Hotel atau Ormond Group tidak ada apa-apa kewajipan walau apa pun untuk membayar pampasan atau membayar apa-apa kos atau perbelanjaan yang anda mungkin tanggung akibat penginapan anda ditamatkan.

Walau apa pun, Ormond Group seterusnya berhak untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap anda tanpa notis.

HAK UNTUK MENOLAK PENGINAPAN
Ormond Group berhak menolak penginapan anda atau mana-mana individu tanpa apa-apa notis dan membatalkan apa-apa tempahan tanpa bertanggungjawab untuk apa-apa bayaran balik atau pampasan ganti rugi untuk sebab berikut:

  • tempahan telah dibayar menggunakan cara penipuan;
  • tempahan telah dipinda oleh seseorang selain daripada Ormond Group atau ejen sah Ormond Group atau telah diubah atau Pengesahan Tempahan telah dirosakkan (dalam kes ini Ormond Group berhak menyimpan dokumentasi tempahan tersebut);
  • individu yang mendaftar masuk bukan atau tidak dapat membuktikan bahawa dia ialah individu yang namanya tertera dalam Pengesahan Tempahan; dan
  • seperti yang dibenarkan di bawah peruntukkan Terma dan Syarat ini.

Terma dan Syarat WiFi
Apabila menggunakan WiFi kami, anda mengakui dan bersetuju bahawa terdapat risiko yang ketara terhadap keselamatan, privasi dan kerahsiaan yang wujud dalam mengakses atau menghantar maklumat melalui internet, sama ada sambungan itu dibantu melalui teknologi berwayar atau tanpa wayar.

Isu keselamatan termasuk, tanpa had, pemintasan transmisi, kehilangan data, dan pengenalan atau virus dan program lain yang boleh mencemarkan atau merosakkan peranti anda.

Oleh itu, anda bersetuju bahawa pemilik dan/atau pembekal WiFi TIDAK bertanggungjawab untuk apa-apa pemintasan atau transmisi, cecacing atau virus komputer, kehilangan data, pencemaran fail, penggodaman atau kerosakan pada komputer anda atau peranti lain yang disebabkan oleh daripada transmisi atau memuat turun maklumat atau bahan melalui perkhidmatan Internet yang disediakan.

Penggunaan WiFi kami tertakluk pada sekatan umum yang digariskan di bawah. Sekiranya didapati berlaku tingkah laku tidak normal, menyalahi undang-undang, atau tidak sah, termasuk penggunaan jalur lebar yang berat, kami berhak untuk memutuskan peranti yang mengganggu secara kekal dari rangkaian WiFi.

Anda tidak boleh menggunakan WiFi kami untuk mengakses perkhidmatan Internet, atau menghantar atau menerima e-mel, yang:

  • memfitnah, mengancam, memalukan atau yang boleh digolongkan sebagai gangguan;
  • mengandungi bahasa atau bahan yang lucah, tidak senonoh atau kasar;
  • mengandungi bahan pornografi (iaitu teks, gambar, filem, klip video yang bersifat sangat jelas atau membangkitkan dorongan seksual);
  • mengandungi imej yang menyinggung atau menghina jantina, bangsa, agama, warna, asal usul, usia, kecacatan fizikal atau mental, keadaan perubatan atau orientasi seksual;
  • mengandungi bahan yang melanggar hak pihak ketiga (termasuk hak kekayaan intelektual);
  • dalam pendapat yang munasabah kami mungkin menjejaskan cara kami menjalankan perniagaan kami; atau
  • sebaliknya tidak sah atau tidak sesuai.

Senarai di atas hanya mewakili beberapa contoh dan tidak mengandungi senarai lengkap penggunaan WiFi kami secara tidak sah atau tidak boleh diterima.

Kami mengesyorkan agar anda tidak menggunakan perkhidmatan WiFi untuk menghantar atau menerima apa-apa maklumat atau data sulit dan sekiranya anda memilih untuk berbuat demikian, anda berbuat demikian atas risiko anda sendiri.

Anda tidak boleh menggunakan WiFi untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang membentuk atau mampu menjadi kesalahan jenayah, sama ada di United Kingdom atau di mana-mana negara di seluruh dunia.

PEMBATASAN LIABILITI
Ormond Group bertanggungjawab menyediakan bilik yang dinyatakan dalam Pengesahan Tempahan dan mengikut Terma dan Syarat ini. Kami tidak menerima apa-apa liabiliti kerana kegagalan untuk menyediakan perkhidmatan yang dikontrakkan atau apa-apa daripada itu disebabkan oleh keadaan yang di luar kawalan kami. Tanpa menjejaskan apa-apa hak pengguna berkanun atau undang-undang lain yang tidak boleh dikecualikan secara sah atau terhad, Ormond Group tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan apa jua bentuk yang timbul akibat, disebabkan oleh, berpunca atau terhasil daripada tempahan anda, penggunaan Perkhidmatan kami atau penginapan di Hotel yang berkaitan.

Pada setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami mengecualikan semua syarat, waranti, perwakilan atau syarat lain yang mungkin terpakai pada WiFi kami atau Laman Sesawang kami atau apa-apa kandungan di dalamnya, sama ada dinyatakan atau tersirat.

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana pengguna untuk apa-apa kehilangan atau kerosakan, sama ada dalam kontrak, tort (termasuk kecuaian), pelanggaran tugas statutori, atau sebaliknya, walaupun boleh diramal, yang timbul di bawah atau berkaitan dengan:

  • Penggunaan, atau ketidakupayaan untuk menggunakan mana-mana Perkhidmatan kami; atau
  • Penggunaan atau pergantungan pada mana-mana kandungan yang dipaparkan di Laman Sesawang kami.

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh virus, sebaran serangan penafian-perkhidmatan, atau bahan lain yang berbahaya secara teknologi yang mungkin menjangkiti peralatan, program komputer, data atau bahan hak milik lain yang disebabkan oleh penggunaan Perkhidmatan kami atau kerana apa-apa kandungan di laman sesawang kami yang anda muat turun, atau pada mana-mana laman sesawang yang dipautkan kepadanya. Had yang berbeza dan pengecualian liabiliti akan dikenakan terhadap liabiliti yang timbul akibat daripada pembekalan apa-apa perkhidmatan oleh kami kepada anda.

Apabila anda menginap di mana-mana Hotel kami, anda mungkin memilih untuk menyertai apa-apa lawatan atau program atau aktiviti yang dianjurkan oleh ejen dan / atau rakan kongsi kami (bersama-sama,”Program“). Sila ambil perhatian bahawa Program tersebut mungkin mempunyai risiko terhadap kesihatan dan keselamatan dan dengan bersetuju untuk mengambil bahagian dalam mana-mana Program sedemikian, anda bersetuju untuk menerima risiko dan melepaskan Ormond Group daripada apa-apa liabiliti berkaitan atau kemungkinan yang timbul, berkaitan atau berhubung dengan Program yang ditempah semasa penginapan anda di Ormond Group Hotel atau melalui Laman Sesawang.

Ormond Group pada sepanjang masa tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan harta benda yang ditinggalkan di bilik tetamu dan/atau kawasan Hotel. Para Tetamu dinasihatkan untuk mendapatkan insurans untuk menampung kerugian, kehilangan barang, kesan peribadi, ganti rugi, kecederaan peribadi dan wang/barangan kepunyaan yang berharga.

Pada setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Ormond Group tidak menerima apa-apa liabiliti yang timbul daripada apa-apa kejadian di luar kawalannya termasuk tanpa had perbuatan keganasan, perbuatan Tuhan, banjir, peperangan, mogok, rusuhan, kecurian, kelewatan, pembatalan, bencana awam, peraturan kerajaan atau perubahan susunan atau jadual (secara kolektif, “Force Majeure”).

WALAU APA PUN YANG TERKANDUNG DALAM PERUNTUKKAN DI SINI, DALAM APA JUA KEADAAN ORMOND GROUP ATAU GABUNGAN, EJEN, WAKIL ATAU PEMBERI LESEN ORMOND GROUP MASING-MASING TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ANDA DI ATAS APA-APA KEHILANGAN ATAU KECEDERAAN ATAU APA-APA KEROSAKAN, SAMA ADA SECARA LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, PUNITIF, KHUSUS, KEBETULAN, BERBANGKIT ATAU SEBALIKNYA (TERMASUK TANPA HAD KEPADA, KEHILANGAN KEUNTUNGAN ATAU KEHILANGAN SIMPANAN) YANG TERJADI DARIPADA ATAU DALAM APA-APA CARA BERHUBUNG DENGAN PERKHIDMATAN ATAU TERMA DAN SYARAT INI, WALAUPUN JIKA ANDA TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEDEMIKIAN.

PERLINDUNGAN KERAHSIAAN & DATA
Anda mungkin melawati Laman kami tanpa mendedahkan apa-apa maklumat peribadi tentang anda. Walau bagaimanapun, untuk membolehkan kami menyediakan maklumat yang anda minta atau perkhidmatan lain misalnya tempahan, anda mungkin perlu memberikan maklumat peribadi anda kepada kami. Kerahsiaan dan kepercayaan anda adalah penting buat kami.

Sila rujuk Dasar Kerahsiaan kami, yang menyatakan terma berkaitan bahawa kami memproses apa-apa data peribadi yang kami terima daripada anda atau yang anda beri kepada kami, yang merupakan sebahagian daripada Terma dan Syarat ini. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami dan membuat tempahan dengan kami, anda bersetuju dengan pemprosesan tersebut mengikut syarat-syarat Dasar Kerahsiaan dan anda menjamin bahawa semua data yang disediakan oleh anda adalah tepat.

Cookies
Ormond Group menggunakan cookies dalam laman sesawang kami bagi tujuan antara lainnya ialah:

  • mengekalkan sesi anda dan butiran yang diperlukan apabila anda melayari Laman Sesawang Ormond Group ketika pendaftaran akaun dan ketika proses penempahan (session cookie)
  • mengumpulkan data penggunaan laman sesawang untuk tujuan statistik/analisis (analytic cookie)
  • mengarahkan anda ke halaman capaian yang betul berdasarkan lokasi geo anda (geo-targetting cookie)

Sila rujuk Dasar Cookies kami, untuk penerangan dan tujuan jenis cookies yang berlainan dan teknologi lain yang mungkin digunakan oleh Ormond Group.

HAKCIPTA DAN TANDA PERNIAGAAN
Laman Sesawang kami termasuk aplikasi tempahan dan aplikasi lain, teks, grafik, reka bentuk, klip audio dan video, hotel dan destinasi maklumat dan semua kandungan di atasnya ialah harta eksklusif Ormond Group dan/atau pembekalnya.

Anda boleh menggunakan Perkhidmatan kami dan kandungannya hanya semata-mata untuk tujuan peribadi, penggunaan bukan komersial dan peribadi sentiasa tertakluk pada undang-undang hak cipta yang berkenaan.

Semua tanda perniagaan, nama perniagaan, tanda perkhidmatan dan semua tanda lain, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar, pada Laman Sesawang yang dimiliki oleh atau dilesenkan kepada Ormond Group dan pemilik masing-masing dan tidak boleh digunakan, diterbitkan semula atau diubah suai tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ormond Group.

GANTIRUGI
Secara tidak dapat diubah anda bersetuju untuk membayar ganti rugi dan menanggung kerugian kami terhadap semua liabiliti, tuntutan, kehilangan dan perbelanjaan, termasuk apa-apa yuran guaman yang mungkin dikenakan oleh kami berhubung dengan atau timbul daripada (1) penggunaan atau salah guna Perkhidmatan kamu dan perkhidmatan yang disediakan di sini; atau (2) pelanggaran terma dan syarat dalam apa acara sekalipun; atau (3) tuntutan pelanggaran apa-apa hak harta intelek atau hak tuan punya yang dilakukan oleh suatu pihak ketiga terhadap kami dalam hubungan penggunaan Laman ini.

PENAFIAN
Perkhidmatan yang disediakan dan semua kandungan di dalamnya dibekalkan “sebagaimana adanya” dan “sebagaimana tersedia”. Ormond Group tidak memberi jaminan, representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada nyata atau tersirat, berkenaan laman web dan kandungan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas penggunaan anda.

Walaupun kami akan melakukan segala usaha untuk memastikan bahawa maklumat pada Laman Web adalah tepat dan diterbitkan dengan niat baik, pada setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Ormond Group tidak menjamin atau mewakili ketepatan maklumat yang dipaparkan dan menafikan semaksimum yang dibenarkan oleh undang-undang semua waranti yang dinyatakan atau tersirat oleh statut, adat atau penggunaan.

Ormond Group tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan langsung, tidak langsung, berbangkit, kerosakan punitif atau kerosakan (termasuk tanpa had kehilangan hasil, kehilangan muhibah, kehilangan reputasi dan kehilangan atau kerosakan data), yang timbul daripada penggunaan Perkhidmatan atau penggunaannya atau apa-apa perkhidmatan yang dibeli daripada Laman Sesawang kami, atau apa-apa kesilapan, ketidaktepatan atau ketinggalan dalam perkhidmatan atau kandungan yang disediakan walau apa pun sebabnya.

Kami tidak menjamin bahawa Perkhidmatan kami akan selamat atau bebas daripada pepijat dan virus.

Anda bertanggungjawab terhadap konfigurasi teknologi maklumat, program komputer dan platform anda untuk mengakses Perkhidmatan kami. Anda harus menggunakan perisian antivirus anda sendiri. Anda mestilah tidak menyalahgunakan Perkhidmatan kami dengan sengaja memperkenalkan virus, Trojan, cecacing, bom logik atau bahan lain yang berniat jahat atau secara teknologinya berbahaya. Anda mestilah tidak cuba mendapatkan akses tidak sah kepada Perkhidmatan kami, termasuk server yang menyimpan pelayar kami atau apa-apa server, komputer atau pangkalan data yang bersambung kepada laman sesawang kami. Anda mestilah tidak menyerang Perkhidmatan kami melalui serangan penafian-perkhidmatan atau sebaran serangan penafian-perkhidmatan. Kami akan melaporkan apa-apa pelanggaran tersebut kepada pihak penguat kuasa undang-undang yang berkenaan dan kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkenaan dengan mendedahkan identiti anda kepada mereka, Dalam keadaan pelanggaran tersebut, hak anda untuk menggunakan Perkhidmatan kami akan terhapus serta merta.

Pelbagai pautan halaman pada Laman Sesawang kami membolehkan pautan dan interaksi selanjutnya antara Tetamu dan halaman tertentu untuk promosi dan medium interaktif lain. Pemasukan semua pautan laman sesawang pada Laman Sesawang tidak menandakan sokongan kami terhadap halaman yang dipautkan, atau apa-apa kaitan dengan operasi mereka. Halaman ini adalah di luar kawalan Ormond Group. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan pada halaman yang dipautkan atau penggunaan anda selepas itu.

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
Apa-apa pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan Perkhidmatan kami atau terma dan syarat ini atau kontrak anda dengan Ormond Group akan dikendalikan secara berasingan tanpa apa-apa kelas tindakan dan ditadbir oleh undang-undang negara di lokasi Hotel yang anda tempah untuk penginapan dan apa-apa pertikaian akan diselesaikan di mahkamah negara tersebut.

Semua perkara lain berkenaan atau berkaitan penggunaan Perkhidmatan akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan mahkamah Malaysia akan mempunyai bidang kuasa eksklusif di dalamnya.

PERUBAHAN KEPADA TERMA DAN SYARAT INI
Ormond Group berhak untuk membatalkan, meminda atau mempelbagaikan aturan dan kandungan yang terdapat pada Laman Sesawang dan/atau mengubah, meminda, mempelbagai atau menambah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa apa-apa notis terlebih dahulu. Penggunaan Perkhidmatan kami secara berterusan merupakan penerimaan anda terhadap pembatalan, pemindaan atau kepelbagaian tersebut.

KONFLIK ANTARA TEKS BAHASA INGGERIS DAN TEKS BAHASA LAIN
Jika terdapat apa-apa konflik atau percanggahan antara teks berbahasa Inggeris berkenaan Terma dan Syarat ini dan apa-apa terjemahan selepas itu ke dalam bahasa lain, teks berbahasa Inggeris akan diguna pakai.

Kemas Kini Terakhir – 5 November 2019

TERMA DAN SYARAT UMUM

APABILA ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI ATAU MEMBUAT TEMPAHAN UNTUK PENGINAPAN DI ORMOND GROUP HOTEL ATAU APABILA ANDA MENGINAP DI MANA-MANA ORMOND GROUP HOTEL ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT PADA TERMA DAN SYARAT BERIKUT. SILA BACA DENGAN TELITI TERMA DAN SYARAT TERSEBUT SEBELUM ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI ATAU MEMBUAT TEMPAHAN ANDA.

UMUM
Terma dan syarat berikut terpakai apabila anda mengakses atau menggunakan laman sesawang kami (https://www.ormondhotels.com),(https://www.tunehotels.com), (https://www.stayatmomos.com/) dan/atau https://www.thechowkit.com/ (secara bersama merujuk “Laman Sesawang” kami) atau perkhidmatan Internet di tempat kami (“WiFi” kami) (secara bersama merujuk “Perkhidmatan” kami). Apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk terikat pada terma dan syarat tanpa had atau kelayakan. Jika anda tidak bersetuju dengan terma penggunaan, anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan kami. Kontrak anda adalah dengan OMT Hotels Sdn Bhd (dahulu dikenali Tune Hotels Sdn Bhd) (No. Syarikat 200501035610), ECML Hotels Sdn Bhd (No. Syarikat 201701022399), OHG Services Sdn Bhd (dahulu dikenali TP Sepang Sdn Bhd) (No. Syarikat 201101018275) dan Tune Hotels.com (BVI) Limited (No. Syarikat 1009516) (seperti yang berkenaan) termasuk pemegang francais (termasuk tetapi tidak terhad kepada Tune Hotels Regional Services (UK) Limited (No. Syarikat 7057962)), syarikat sekutu, syarikat berkaitan, subsidiari dan gabungan masing-masing yang menjalankan operasi hotel di bawah Tune Hotel, Ormond dan/atau jenama MoMo’s (“Hotel”) dan para pekerja, pegawai, ejen, pembekal dan penjual (secara kolektif merujuk “Ormond Group Hotels”, “Ormond Group”, “kami” dan “kita”).

Terma dan syarat umum ini bersama Polisi Kerahsiaan, Polisi Tempahan dan Pembatalan, Jadual Bayaran & Jadual Hotel dan Tambahan disediakan di Laman Sesawang (secara kolektif, sebagaimana boleh dipelbagaikan, dipinda dan/atau dibekalkan dari semasa ke semasa, Terma dan Syarat ini) dan pengesahan tempahan yang dikeluarkan oleh mana-mana ahli Ormond Group mengesahkan tempahan anda (“Pengesahan Tempahan”) merupakan kontrak yang secara undang-undang mengikat anda dan Ormond Group dan akan seterusnya ditambahkan dengan peraturan dan kawal selia dalaman yang terpakai khususnya di Hotel yang anda telah tempah untuk penginapan.

Dalam Terma dan Syarat ini, penggunaan perkataan “anda” atau “tetamu/Tetamu” bermaksud mana-mana dan semua individu yang tempahan bilik Hotel dilakukan untuk mereka.

KANAK-KANAK
Perkhidmatan kami tidak disasarkan kepada kanak-kanak di bawah usia 18 tahun dan Ormond Group tidak menyedari bahawa maklumat telah dikumpul daripada kanak-kanak di bawah usia tersebut. Jika anda di bawah usia 18 tahun, sila jangan berikan apa-apa maklumat peribadi kepada kami.

TEMPAHAN
Tempahan Hotel boleh dilakukan secara dalam talian di Laman Sesawang yang relevan.

Bergantung pada jenis tempahan, pembayaran penuh mungkin diperlukan ketika membuat tempahan. Kami menerima pembayaran melalui kad kredit/debit Visa atau Mastercard, PayPal, Alipay atau pindahan bank secara dalam talian untuk kebanyakan hotel kami. Pilihan pembayaran yang disediakan dipaparkan ketika proses tempahan pada Laman Sesawang kami. Yuran pembayaran mungkin akan dikenakan.

Bagi transaksi pembayaran daripada Laman Sesawang kami yang dikendalikan dan diproses oleh Notel Management Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Tune Management Sdn Bhd untuk dan bagi pihak Ormond Hotel Group, Notel Management Sdn Bhd akan membantu Ormond Hotel Group berkenaan sokongan pelanggan dalam isu berkaitan pembayaran seperti pertikaian pengurusan, pembayaran balik, pembatalan dan pemulangan jika berkenaan. Terma dan Syarat bagi pembayaran transaksi tersebut akan ditadbir dan ditakrifkan menurut undang-undang Malaysia tanpa merujuk konflik peraturan undang-undang Malaysia, dan apa-apa pertikaian akan dihantar secara eksklusif ke mahkamah di Malaysia.

Sebaik sahaja tempahan anda berjaya dilengkapkan, pengesahan bagi setiap bilik yang ditempah akan dihantar melalui alamat e-mel yang anda berikan melalui akaun berdaftar anda (“Pengesahan Tempahan”). Jika anda tidak menerima Pengesahan Tempahan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam daripada waktu tempahan, sila hubungi kami di enquiry@tunehotels.com.

Ketika mendaftar masuk ke Hotel, anda MESTI menunjukkan Pengesahan Tempahan bersama dengan dokumen pengenalan bergambar yang asal (kad pengenalan rasmi, pasport, lesen memandu atau kad atau dokumen pengenalan lain yang mungkin Hotel perlukan). Nama Tetamu yang tertera pada Pengesahan Tempahan mestilah individu yang menginap di Hotel jika sebaliknya kami berhak untuk tidak membenarkan individu berkenaan yang sedang mendaftar masuk untuk meneruskan penginapannya di Hotel.

Kad kredit yang digunakan untuk membuat dan membayar Tempahan dalam tempoh lima (5) hari sebelum daftar masuk perlu ditunjukkan ketika atau selepas daftar masuk. Kami berhak untuk meminta kad kredit yang sama yang telah digunakan untuk membuat tempahan untuk tujuan apa-apa pembayaran yang akan dilakukan ketika mendaftar masuk. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kelewatan daftar masuk anda.

Pada setiap masa ketika proses tempahan, anda akan dinasihatkan untuk memastikan ketepatan butiran tempahan anda (butiran tetamu, tarikh penginapan, jenis bilik, kadar bilik, bilangan tetamu). Ormond Group tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan ke atas kesilapan butiran tempahan. Kami tidak akan dipertanggungjawabkan untuk memulangkan kembali atau mengubah tempahan jika anda gagal memberikan notis yang munasabah berkenaan apa-apa kesilapan pada butiran tempahan sebelum tarikh daftar masuk.

Tempahan akan diterima tertakluk kepada ketersediaan bilik.

JAMINAN KADAR TERBAIK
Tempah bilik secara langsung di Laman Sesawang kami – tunehotels.com, melalui telefon atau e-mel untuk mendapatkan kadar terendah. Jika anda mendapati kadar bilik yang lebih rendah untuk bilik dan tarikh yang sama seperti tempahan anda, sila hantarkan tangkapan skrin yang mempuyai butiran seperti laman web dan maklumat tumpahan di mana anda dapati kadar bilik yang lebih rendah ke reservations@tunehotels.com. Kami akan menyemak dan megesahkan maklumat yang anda sediakan, jika maklumat anda disahkan, kami akan memberikan anda 10% dari tempahan anda.

KADAR BILIK
Kadar bilik yang ditunjukkan dalam Laman Sesawang kami dicaj mengikut satu bilik untuk satu malam, dan bergantung pada pakej bilik yang ditawarkan dalam Laman Sesawang, kadar yang dinyatakan dalam Laman Sesawang mungkin termasuk atau tidak termasuk hidangan dan tambahan.

Harga kami adalah berdasarkan model ‘harga dinamik’ dan ditetapkan oleh individu Hotel bergantung pada corak tempahan dan oleh yang demikian akan turun naik bergantung pada tawaran dan permintaan. Harga tempahan anda akan disahkan pada masa bilik anda ditempahkan dan tidak akan berubah dalam kes turun naik kadar antara tarikh anda menempah penginapan anda dan ketibaan anda.

Kadar bilik mungkin termasuk atau tidak termasuk cukai ditambah nilai (VAT), cukai perkhidmatan atau caj perkhidmatan, (seperti yang berkenaan) dan/atau caj atau cukai lain yang serupa tertakluk pada keperluan sesebuah negara atau lokasi Hotel. Kesemua ini akan dicaj pada kadar lazim dan dibayar dalam mata wang negara lokasi terletaknya Hotel.

Kadar dan butiran bilik adalah betul pada masa penerbitan dan tertakluk pada perubahan tanpa apa-apa notis.

Kami berhak membetulkan kesilapan pada kedua-dua harga yang diiklankan dan disahkan. Kami akan bertindak serta merta apabila kami menyedari akan kesilapan tersebut.

POLISI LARANGAN MEROKOK
Ormond Group komited dalam menyediakan persekitaran bebas asap rokok di dalam semua premis Hotel kami dan tegas mengamalkan polisi Larangan Merokok di dalam semua premis Hotel kami (“Polisi Larangan Merokok”).

Merokok adalah dilarang di dalam mana-mana bahagian premis Hotel termasuk tidak terhad pada bilik Hotel kecuali di dalam mana-mana kawasan merokok yang dikhaskan oleh Ormond Group (jika ada). Kegagalan untuk mematuhi polisi ini akan membolehkan kami membatalkan tempahan dan penginapan anda di Hotel kami di atas budi bicara kami sahaja dan anda dikehendaki meninggalkan Hotel serta merta tanpa ganti rugi atau pembayaran balik. Anda akan bertanggungjawab di atas apa-apa kos, kehilangan atau kerosakan pada bilik, premis atau harta Hotel, atau yang ditanggung oleh tetamu atau pihak ketiga Hotel, yang disebabkan oleh kegagalan anda untuk mematuhi polisi ini dan Ormond Group berhak mengenakan caj ke atas anda bagi apa-apa seperti kos, kehilangan atau kerosakan yang ditanggung oleh Ormond Group atau tetamu atau pihak ketiga Hotel.

SEKATAN

Anda tidak boleh membawa perkara berikut ke dalam Hotel kami:

  • Haiwan peliharaan (kecuali anjing pembimbing berdaftar) atau ternakan;
  • bantal, cadar, duvet atau peralatan tempat tidur lain;
  • apa-apa alat elektrik dan/atau peralatan untuk pemanasan dan/atau tujuan memasak.

Kami berhak untuk mengeluarkan dan/atau merampas dengan serta merta apa-apa perkara di atas jika dijumpai di dalam mana-mana bilik Hotel tanpa notis kepada anda dan mengenakan caj ke atas anda yang ditanggung kerana mengambil tindakan sedemikian atau untuk apa-apa kehilangan atau kerosakan yang berlaku pada bilik, premis atau harta Hotel atau harta atau pada mana-mana tetamu atau pihak ketiga Hotel disebabkan oleh kegagalan anda untuk mematuhi polisi ini.

Kami seterusnya berhak untuk meminta anda meninggalkan Hotel dan mengeluarkan barang kepunyaan anda daripada bilik secara serta merta jika kami, dalam pertimbangan kami, mendapati anda telah menggunakan bilik Hotel dengan cara yang tidak bertanggungjawab atau dengan cara yang mempertaruhkan keselamatan, atau menyebabkan kerosakan dan/atau membahayakan bilik Hotel, premis Hotel, tetamu Hotel, pekerja kamu atau mana-mana individu atau reputasi Ormond Group, tanpa apa-apa ganti rugi dan/atau apa-apa pembayaran semula kepada anda.

DAFTAR MASUK DAN DAFTAR KELUAR
Semua Hotel beroperasi berdasarkan polisi daftar masuk dan daftar keluar yang ketat, bahawa masanya adalah berbeza antara Hotel.

Daftar masuk
Bilik yang ditempah akan disimpan untuk daftar masuk sehingga jam 9.00 pagi pada hari berikutnya selepas hari yang dijadualkan untuk daftar masuk, selepas itu tempahan tersebut dianggap batal sekiranya tetamu tidak muncul dan Ormond Group berhak untuk melepaskan bilik yang ditempah untuk hari penginapan yang berbaki kepada tetamu lain. Dalam kes tempahan yang dibuat untuk bilik guna siang, anda dikehendaki untuk mendaftar masuk tidak lewat daripada satu (1) hari sebelum masa mendaftar keluar yang ditetapkan untuk bilik guna siang. Bagi penginapan bermalam, anda dikehendaki untuk mendaftar masuk tidak lewat daripada jam 9 pagi pada hari berikutnya menurut tarikh mendaftar masuk yang ditetapkan. Tiada bayaran balik akan diberikan untuk apa-apa tempahan yang dibatalkan.

Deposit kad kunci yang akan dikembalikan mungkin akan diperlukan ketika mendaftar masuk di sesetengah Hotel untuk menanggung kos kehilangan atau kerosakan kad kunci yang dikeluarkan.

Daftar keluar
Jika anda membuat keputusan untuk mendaftar keluar sebelum tempoh, kami tidak akan dapat mengembalikan kos baki tempahan yang anda tidak gunakan, atau bertanggungjawab untuk apa-apa kos berkaitan yang anda mungkin tanggung.

PERUBAHAN DAN POLISI WANG TIDAK DIKEMBALIKAN
Pembayaran yang dilakukan untuk tempahan (termasuk Tambahan, jika ada) sama sekali tidak akan dikembalikan.

Perubahan
Perubahan nama Tetamu pada tempahan anda dibenarkan jika dilakukan dalam masa tiga (3) hari atau lebih sebelum tarikh daftar masuk tertakluk pada yuran.

Walaupun kami akan cuba membantu anda untuk membuat apa-apa perubahan pada tempahan yang telah disahkan, dukacita kami memaklumkan permintaan pemindaan tersebut tidak sentiasa dapat ditunaikan. Di mana perubahan boleh dibuat, anda akan bertanggungjawab untuk membayar apa-apa kos tambahan yang ditanggung oleh kami.

Pembatalan
Kecuali dinyatakan sebaliknya oleh kami apabila tempahan dilakukan, semua tempahan tidak boleh dipinda, diubahsuai atau dibatalkan kecuali bagi perubahan nama Tetamu. Apa-apa pembatalan tempahan atau kegagalan untuk tiba pada tarikh daftar masuk yang dijadualkan akan dilayan sebagai tidak tiba berkenaan suatu tempahan dan akan mengakibatkan pembayaran keseluruhan di bawah Pengesahan Tempahan tersebut (termasuk apa-apa cukai yang berkenaan yang dibayar) tidak dikembalikan dan akan terlupus.

Kecuali dinyatakan dengan jelas sebaliknya, tiada perubahan atau pembatalan dibenarkan untuk tempahan promosi. Sila baca dengan teliti terma dan syarat promosi berkaitan, bahawa terma promosi akan terpakai pada tempahan dan akan mengikat anda.

PERMINTAAN KHUSUS
Jika anda mempunyai apa-apa permintaan khusus, anda mesti memaklumi kami ketika anda melakukan tempahan. Walaupun kami akan berusaha untuk memenuhi permintaan yang munasabah berkenaan dengan Hotel, dukacita kami memaklumkan bahawa kami atau Ormond Group atau Hotel berkenaan tidak dapat menjamin apa-apa permintaan akan dipenuhi kecuali kami telah menulis kepada anda dengan pengesahan khusus bahawa permintaan akan dipenuhi. Kegagalan untuk memenuhi apa-apa permintaan khusus tidak akan melanggar kontrak di pihak kami kecuali permintaan tersebut telah pun disahkan secara khusus.

KEMUDAHAN PILIHAN

Penyimpanan Bagasi
Penyimpanan bagasi disediakan hanya untuk tetamu yang sedang menginap di Hotel untuk menyimpan bagasi mereka atau barangan peribadi lain sebelum mendaftar masuk atau selepas mendaftar keluar, tertakluk pada pilihan Hotel.

Setiap barangan bagasi akan ditandai dengan tag pengenalan bagasi dan hanya boleh  diambil oleh pemegang tag tersebut. Jika tag tersebut tidak dapat ditunjukkan ketika tuntutan, kami tetap akan membenarkan bagasi diambil jika individu yang menuntutnya boleh membuktikan, dengan cara yang memuaskan bagi kami, hak dan kuasanya untuk mengambil bagasi tersebut dan Ormond Group tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan kerana melepaskan bagasi tersebut dengan sewajarnya. Setiap bagasi mesti tidak melebihi berat sebanyak 30kg dan tidak boleh melebihi saiz 28”x22”x14”.

Jika bagasi atau barangan anda masih tidak dituntut apabila tamat tempoh maksimum penyimpanan yang dibenarkan, Ormond Group/Hotel mempunyai hak sepenuhnya dan budi bicara untuk sama ada meneruskan penyimpanan bagasi tersebut (caj penyimpanan bagasi akan terpakai secara berterusan dan anda akan bertanggungjawab ke atas caj tersebut) atau melupuskan bagasi atau barangan tersebut tanpa apa-apa liabiliti kepada anda.

Penggunaan kemudahan penyimpanan bagasi di Hotel adalah tertakluk pada risiko anda sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan pada bagasi, kandungan di dalamnya atau barangan peribadi anda (termasuk apa-apa barangan berharga, walaupun kami telah dimaklumkan) ketika penyimpanan atau ketika proses pelupusan itu disebabkan dan anda dengan ini melepaskan Ormond Group daripada apa-apa liabiliti berkenaan dengannya.

KEROSAKAN
Anda bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan walau apa pun yang disebabkan terhadap bilik yang diperuntukkan atau kepada premis Hotel atau harta yang disebabkan oleh anda atau mana-mana individu di pihak anda (sama ada menginap atau tidak menginap di Hotel) semasa penginapan anda. Ormond Group berhak untuk mengekalkan butiran kad kredit dan / atau kad debit anda dan mengecaj atau mendebitkan jumlah sedemikian kerana mengikut budi bicara mutlaknya yang dianggap sesuai dengan kad-kad tersebut untuk membayar pampasan atau ganti rugi kepada kehilangan, kerosakan, kos atau perbelanjaan yang ditanggung atau dialami oleh Ormond Group akibat daripada yang disebut terdahulu.

Ormond Group berhak pada bila-bila masa untuk menamatkan penginapan anda atau mana-mana ahli dipihak anda kerana melakukan salah laku, bahawa yang didapati wajar pada pendapat kami yang munasabah. Tiada bayaran akan dikembalikan dan Hotel atau Ormond Group tidak ada apa-apa kewajipan walau apa pun untuk membayar pampasan atau membayar apa-apa kos atau perbelanjaan yang anda mungkin tanggung akibat penginapan anda ditamatkan.

Walau apa pun, Ormond Group seterusnya berhak untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap anda tanpa notis.

HAK UNTUK MENOLAK PENGINAPAN
Ormond Group berhak menolak penginapan anda atau mana-mana individu tanpa apa-apa notis dan membatalkan apa-apa tempahan tanpa bertanggungjawab untuk apa-apa bayaran balik atau pampasan ganti rugi untuk sebab berikut:

  • tempahan telah dibayar menggunakan cara penipuan;
  • tempahan telah dipinda oleh seseorang selain daripada Ormond Group atau ejen sah Ormond Group atau telah diubah atau Pengesahan Tempahan telah dirosakkan (dalam kes ini Ormond Group berhak menyimpan dokumentasi tempahan tersebut);
  • individu yang mendaftar masuk bukan atau tidak dapat membuktikan bahawa dia ialah individu yang namanya tertera dalam Pengesahan Tempahan; dan
  • seperti yang dibenarkan di bawah peruntukkan Terma dan Syarat ini.

Terma dan Syarat WiFi

Apabila menggunakan WiFi kami, anda mengakui dan bersetuju bahawa terdapat risiko yang ketara terhadap keselamatan, privasi dan kerahsiaan yang wujud dalam mengakses atau menghantar maklumat melalui internet, sama ada sambungan itu dibantu melalui teknologi berwayar atau tanpa wayar.

Isu keselamatan termasuk, tanpa had, pemintasan transmisi, kehilangan data, dan pengenalan atau virus dan program lain yang boleh mencemarkan atau merosakkan peranti anda.

Oleh itu, anda bersetuju bahawa pemilik dan/atau pembekal WiFi TIDAK bertanggungjawab untuk apa-apa pemintasan atau transmisi, cecacing atau virus komputer, kehilangan data, pencemaran fail, penggodaman atau kerosakan pada komputer anda atau peranti lain yang disebabkan oleh daripada transmisi atau memuat turun maklumat atau bahan melalui perkhidmatan Internet yang disediakan.

Penggunaan WiFi kami tertakluk pada sekatan umum yang digariskan di bawah. Sekiranya didapati berlaku tingkah laku tidak normal, menyalahi undang-undang, atau tidak sah, termasuk penggunaan jalur lebar yang berat, kami berhak untuk memutuskan peranti yang mengganggu secara kekal dari rangkaian WiFi.

Anda tidak boleh menggunakan WiFi kami untuk mengakses perkhidmatan Internet, atau menghantar atau menerima e-mel, yang:

  • memfitnah, mengancam, memalukan atau yang boleh digolongkan sebagai gangguan;
  • mengandungi bahasa atau bahan yang lucah, tidak senonoh atau kasar;
  • mengandungi bahan pornografi (iaitu teks, gambar, filem, klip video yang bersifat sangat jelas atau membangkitkan dorongan seksual);
  • mengandungi imej yang menyinggung atau menghina jantina, bangsa, agama, warna, asal usul, usia, kecacatan fizikal atau mental, keadaan perubatan atau orientasi seksual;
  • mengandungi bahan yang melanggar hak pihak ketiga (termasuk hak kekayaan intelektual);
  • dalam pendapat yang munasabah kami mungkin menjejaskan cara kami menjalankan perniagaan kami; atau
  • sebaliknya tidak sah atau tidak sesuai.

Senarai di atas hanya mewakili beberapa contoh dan tidak mengandungi senarai lengkap penggunaan WiFi kami secara tidak sah atau tidak boleh diterima.

Kami mengesyorkan agar anda tidak menggunakan perkhidmatan WiFi untuk menghantar atau menerima apa-apa maklumat atau data sulit dan sekiranya anda memilih untuk berbuat demikian, anda berbuat demikian atas risiko anda sendiri.

Anda tidak boleh menggunakan WiFi untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang membentuk atau mampu menjadi kesalahan jenayah, sama ada di United Kingdom atau di mana-mana negara di seluruh dunia.

PEMBATASAN LIABILITI
Ormond Group bertanggungjawab menyediakan bilik yang dinyatakan dalam Pengesahan Tempahan dan mengikut Terma dan Syarat ini. Kami tidak menerima apa-apa liabiliti kerana kegagalan untuk menyediakan perkhidmatan yang dikontrakkan atau apa-apa daripada itu disebabkan oleh keadaan yang di luar kawalan kami. Tanpa menjejaskan apa-apa hak pengguna berkanun atau undang-undang lain yang tidak boleh dikecualikan secara sah atau terhad, Ormond Group tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan apa jua bentuk yang timbul akibat, disebabkan oleh, berpunca atau terhasil daripada tempahan anda, penggunaan Perkhidmatan kami atau penginapan di Hotel yang berkaitan.

Pada setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami mengecualikan semua syarat, waranti, perwakilan atau syarat lain yang mungkin terpakai pada WiFi kami atau Laman Sesawang kami atau apa-apa kandungan di dalamnya, sama ada dinyatakan atau tersirat.

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana pengguna untuk apa-apa kehilangan atau kerosakan, sama ada dalam kontrak, tort (termasuk kecuaian), pelanggaran tugas statutori, atau sebaliknya, walaupun boleh diramal, yang timbul di bawah atau berkaitan dengan:

  • Penggunaan, atau ketidakupayaan untuk menggunakan mana-mana Perkhidmatan kami; atau
  • Penggunaan atau pergantungan pada mana-mana kandungan yang dipaparkan di Laman Sesawang kami.

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh virus, sebaran serangan penafian-perkhidmatan, atau bahan lain yang berbahaya secara teknologi yang mungkin menjangkiti peralatan, program komputer, data atau bahan hak milik lain yang disebabkan oleh penggunaan Perkhidmatan kami atau kerana apa-apa kandungan di laman sesawang kami yang anda muat turun, atau pada mana-mana laman sesawang yang dipautkan kepadanya. Had yang berbeza dan pengecualian liabiliti akan dikenakan terhadap liabiliti yang timbul akibat daripada pembekalan apa-apa perkhidmatan oleh kami kepada anda.

Apabila anda menginap di mana-mana Hotel kami, anda mungkin memilih untuk menyertai apa-apa lawatan atau program atau aktiviti yang dianjurkan oleh ejen dan / atau rakan kongsi kami (bersama-sama,”Program“). Sila ambil perhatian bahawa Program tersebut mungkin mempunyai risiko terhadap kesihatan dan keselamatan dan dengan bersetuju untuk mengambil bahagian dalam mana-mana Program sedemikian, anda bersetuju untuk menerima risiko dan melepaskan Ormond Group daripada apa-apa liabiliti berkaitan atau kemungkinan yang timbul, berkaitan atau berhubung dengan Program yang ditempah semasa penginapan anda di Ormond Group Hotel atau melalui Laman Sesawang.

Ormond Group pada sepanjang masa tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan harta benda yang ditinggalkan di bilik tetamu dan/atau kawasan Hotel. Para Tetamu dinasihatkan untuk mendapatkan insurans untuk menampung kerugian, kehilangan barang, kesan peribadi, ganti rugi, kecederaan peribadi dan wang/barangan kepunyaan yang berharga.

Pada setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Ormond Group tidak menerima apa-apa liabiliti yang timbul daripada apa-apa kejadian di luar kawalannya termasuk tanpa had perbuatan keganasan, perbuatan Tuhan, banjir, peperangan, mogok, rusuhan, kecurian, kelewatan, pembatalan, bencana awam, peraturan kerajaan atau perubahan susunan atau jadual (secara kolektif, “Force Majeure”).

WALAU APA PUN YANG TERKANDUNG DALAM PERUNTUKKAN DI SINI, DALAM APA JUA KEADAAN ORMOND GROUP ATAU GABUNGAN, EJEN, WAKIL ATAU PEMBERI LESEN ORMOND GROUP MASING-MASING TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ANDA DI ATAS APA-APA KEHILANGAN ATAU KECEDERAAN ATAU APA-APA KEROSAKAN, SAMA ADA SECARA LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, PUNITIF, KHUSUS, KEBETULAN, BERBANGKIT ATAU SEBALIKNYA (TERMASUK TANPA HAD KEPADA, KEHILANGAN KEUNTUNGAN ATAU KEHILANGAN SIMPANAN) YANG TERJADI DARIPADA ATAU DALAM APA-APA CARA BERHUBUNG DENGAN PERKHIDMATAN ATAU TERMA DAN SYARAT INI, WALAUPUN JIKA ANDA TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEDEMIKIAN.

PERLINDUNGAN KERAHSIAAN & DATA
Anda mungkin melawati Laman kami tanpa mendedahkan apa-apa maklumat peribadi tentang anda. Walau bagaimanapun, untuk membolehkan kami menyediakan maklumat yang anda minta atau perkhidmatan lain misalnya tempahan, anda mungkin perlu memberikan maklumat peribadi anda kepada kami. Kerahsiaan dan kepercayaan anda adalah penting buat kami.

Sila rujuk Dasar Kerahsiaan kami, yang menyatakan terma berkaitan bahawa kami memproses apa-apa data peribadi yang kami terima daripada anda atau yang anda beri kepada kami, yang merupakan sebahagian daripada Terma dan Syarat ini. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami dan membuat tempahan dengan kami, anda bersetuju dengan pemprosesan tersebut mengikut syarat-syarat Dasar Kerahsiaan dan anda menjamin bahawa semua data yang disediakan oleh anda adalah tepat.

Cookies
Ormond Group menggunakan cookies dalam laman sesawang kami bagi tujuan antara lainnya ialah:

  • mengekalkan sesi anda dan butiran yang diperlukan apabila anda melayari Laman Sesawang Ormond Group ketika pendaftaran akaun dan ketika proses penempahan (session cookie)
  • mengumpulkan data penggunaan laman sesawang untuk tujuan statistik/analisis (analytic cookie)
  • mengarahkan anda ke halaman capaian yang betul berdasarkan lokasi geo anda (geo-targetting cookie)

Sila rujuk Dasar Cookies kami, untuk penerangan dan tujuan jenis cookies yang berlainan dan teknologi lain yang mungkin digunakan oleh Ormond Group.

HAKCIPTA DAN TANDA PERNIAGAAN

Laman Sesawang kami termasuk aplikasi tempahan dan aplikasi lain, teks, grafik, reka bentuk, klip audio dan video, hotel dan destinasi maklumat dan semua kandungan di atasnya ialah harta eksklusif Ormond Group dan/atau pembekalnya.

Anda boleh menggunakan Perkhidmatan kami dan kandungannya hanya semata-mata untuk tujuan peribadi, penggunaan bukan komersial dan peribadi sentiasa tertakluk pada undang-undang hak cipta yang berkenaan.

Semua tanda perniagaan, nama perniagaan, tanda perkhidmatan dan semua tanda lain, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar, pada Laman Sesawang yang dimiliki oleh atau dilesenkan kepada Ormond Group dan pemilik masing-masing dan tidak boleh digunakan, diterbitkan semula atau diubah suai tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ormond Group.

GANTIRUGI
Secara tidak dapat diubah anda bersetuju untuk membayar ganti rugi dan menanggung kerugian kami terhadap semua liabiliti, tuntutan, kehilangan dan perbelanjaan, termasuk apa-apa yuran guaman yang mungkin dikenakan oleh kami berhubung dengan atau timbul daripada (1) penggunaan atau salah guna Perkhidmatan kamu dan perkhidmatan yang disediakan di sini; atau (2) pelanggaran terma dan syarat dalam apa acara sekalipun; atau (3) tuntutan pelanggaran apa-apa hak harta intelek atau hak tuan punya yang dilakukan oleh suatu pihak ketiga terhadap kami dalam hubungan penggunaan Laman ini.

PENAFIAN
Perkhidmatan yang disediakan dan semua kandungan di dalamnya dibekalkan “sebagaimana adanya” dan “sebagaimana tersedia”. Ormond Group tidak memberi jaminan, representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada nyata atau tersirat, berkenaan laman web dan kandungan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas penggunaan anda.

Walaupun kami akan melakukan segala usaha untuk memastikan bahawa maklumat pada Laman Web adalah tepat dan diterbitkan dengan niat baik, pada setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Ormond Group tidak menjamin atau mewakili ketepatan maklumat yang dipaparkan dan menafikan semaksimum yang dibenarkan oleh undang-undang semua waranti yang dinyatakan atau tersirat oleh statut, adat atau penggunaan.

Ormond Group tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan langsung, tidak langsung, berbangkit, kerosakan punitif atau kerosakan (termasuk tanpa had kehilangan hasil, kehilangan muhibah, kehilangan reputasi dan kehilangan atau kerosakan data), yang timbul daripada penggunaan Perkhidmatan atau penggunaannya atau apa-apa perkhidmatan yang dibeli daripada Laman Sesawang kami, atau apa-apa kesilapan, ketidaktepatan atau ketinggalan dalam perkhidmatan atau kandungan yang disediakan walau apa pun sebabnya.

Kami tidak menjamin bahawa Perkhidmatan kami akan selamat atau bebas daripada pepijat dan virus.

Anda bertanggungjawab terhadap konfigurasi teknologi maklumat, program komputer dan platform anda untuk mengakses Perkhidmatan kami. Anda harus menggunakan perisian antivirus anda sendiri. Anda mestilah tidak menyalahgunakan Perkhidmatan kami dengan sengaja memperkenalkan virus, Trojan, cecacing, bom logik atau bahan lain yang berniat jahat atau secara teknologinya berbahaya. Anda mestilah tidak cuba mendapatkan akses tidak sah kepada Perkhidmatan kami, termasuk server yang menyimpan pelayar kami atau apa-apa server, komputer atau pangkalan data yang bersambung kepada laman sesawang kami. Anda mestilah tidak menyerang Perkhidmatan kami melalui serangan penafian-perkhidmatan atau sebaran serangan penafian-perkhidmatan. Kami akan melaporkan apa-apa pelanggaran tersebut kepada pihak penguat kuasa undang-undang yang berkenaan dan kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkenaan dengan mendedahkan identiti anda kepada mereka, Dalam keadaan pelanggaran tersebut, hak anda untuk menggunakan Perkhidmatan kami akan terhapus serta merta.

Pelbagai pautan halaman pada Laman Sesawang kami membolehkan pautan dan interaksi selanjutnya antara Tetamu dan halaman tertentu untuk promosi dan medium interaktif lain. Pemasukan semua pautan laman sesawang pada Laman Sesawang tidak menandakan sokongan kami terhadap halaman yang dipautkan, atau apa-apa kaitan dengan operasi mereka. Halaman ini adalah di luar kawalan Ormond Group. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan pada halaman yang dipautkan atau penggunaan anda selepas itu.

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
Apa-apa pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan Perkhidmatan kami atau terma dan syarat ini atau kontrak anda dengan Ormond Group akan dikendalikan secara berasingan tanpa apa-apa kelas tindakan dan ditadbir oleh undang-undang negara di lokasi Hotel yang anda tempah untuk penginapan dan apa-apa pertikaian akan diselesaikan di mahkamah negara tersebut.

Semua perkara lain berkenaan atau berkaitan penggunaan Perkhidmatan akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan mahkamah Malaysia akan mempunyai bidang kuasa eksklusif di dalamnya.

Untuk memastikan sokongan operasi yang mencukupi untuk pelanggan bagi isu yang berhubungan dengan pengurusan pertikaian, bayaran balik, pembatalan dan pulangan (di mana berkenaan), Tune Hotels Regional Services (UK) Limited akan bertanggungjawab untuk urus niaga di United Kingdom.