Janji Kami

Tune Hotels menawarkan tidur yang nyenyak pada harga yang hebat. Kesemua Tune Hotels menawarkan ciri-ciri bilik cekap ruang yang diselaraskan dan fokus kepada keperluan asas berkualiti tinggi: Katil bertaraf 5-bintang dan pancuran air panas. Walaupun harganya minimum, hotel yang terletak di lokasi strategik ini menawarkan perkhidmatan pengemasan, kelengkapan dandanan, akses kad kunci elektronik ke bilik, sistem CCTV ekstensif, dan sekuriti 24 jam.

Katil 5 Bintang

Katil Tune kami mempunyai katil tilam spring berkualiti tinggi dengan bantal, sarung bantal, cadar dan duvet kiraan 250-benang, yang di tempah khas untuk keperluan kami oleh pembuat katil yang membekalkan hotel bertaraf 5 bintang – asas janji kami untuk katil 5-bintang!

Pancuran Bertenaga

Setiap bilik kami menawarkan bilik air peribadi
dengan pancuran air panas bertenaga dan bertekanan tinggi. Walaupun anda membayar kadar bilik minimal, anda masih boleh menikmati mandian yang menyegarkan.

Lokasi Strategik & Mudah

Kesemua Tune Hotels terletak secara strategik berhampiran destinasi membeli-belah, bersiar-siar dan perniagaan yang utama. Berhampiran setiap hotel kami juga terdapat pelbagai kedai serbeneka, kedai makanan & minuman yang menawarkan kemudahan yang cukup baik. Di hotel Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kami juga menawarkan Makan, iaitu restoran & ruang istirahat dan bar tersendiri kami, Minum.

Persekitaran Bersih

Kami menyediakan perkhidmatan pengemasan bagi memastikan anda menikmati penginapan yang bersih dan mesra dengan kami. Kelengkapan dandanan dan keperluan asas turut disediakan untuk penginapan yang selesa dan bebas stres.

Sekuriti 24 Jam

Hotel kami menggunakan kad kunci akses elektronik untuk setiap bilik, kamera CCTV, kakitangan resepsi yang bertugas sepenuh masa dan memastikan tiada akses kepada lobi utama tanpa kad kunci selepas tengah malam.