Kemas kini – 5 November 2019
POLISI KERAHSIAAN
1. UMUM / PENGENALAN
a) Polisi Kerahsiaan ini (“Polisi Kerahsiaan”) disediakan oleh OMT Hotels Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Tune Hotels Sdn Bhd) (No. Syarikat 200501035610), ECML Hotels Sdn Bhd (No. Syarikat 201701022399), OHG Services Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai TP Sepang Sdn Bhd) (No. Syarikat 201101018275) dan Tune Hotels.com (BVI) Limited (No. Syarikat 1009516) (seperti yang berkenaan) termasuk pemegang francais (termasuk tetapi tidak terhad kepada Tune Hotels Regional Services (UK) Limited (No. Syarikat 7057962)), syarikat sekutu, syarikat berkaitan, subsidiari dan gabungan masing-masing yang menjalankan operasi hotel di bawah Tune Hotel, Ormond dan/atau jenama MoMo’s (secara kolektif merujuk “Ormond Group Hotels”, “Ormond Group”, “kami” dan “kita”).
b) Polisi Kerahsiaan ini menerangkan bagaimana dan bila kami mengumpul maklumat peribadi anda, maklumat apa yang akan digunakan, siapa yang menggunakannya, bila maklumat itu akan didedahkan kepada pihak lain, bagaimana anda boleh mengakses butiran anda dan melakukan pembetulan terhadap butiran tersebut, bagaimana anda mengawal maklumat peribadi anda dan bagaimana anda boleh menghubungi kami.
c) Dengan menyerahkan atau memberikan Maklumat Peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah) anda kepada kami atau dengan sebab anda melawati mana-mana laman sesawang Ormond Group Hotels (https://www.ormondhotels.com), (https://www.tunehotels.com), (https://www.stayatmomos.com/) dan/atau https://www.thechowkit.com/ (secara bersama merujuk “Laman Sesawang” kami) dan aplikasi mudah alih kami, atau dengan menggunakan mana-mana produk dan perkhidmatan kami, anda dianggap telah membaca dan bersetuju untuk terikat dengan Polisi Kerahsiaan ini dan membenarkan penggunaan, pemprosesan, pemindahan dan/atau pendedahan Maklumat Peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah) anda yang dikumpulkan oleh kami dan semua orang yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan, dalam bentuk yang dinyatakan dalam Polisi Kerahsiaan ini.
d) Jika anda penduduk Kesatuan Eropah (“EU”), sila rujuk Apendiks A untuk maklumat tambahan berkenaan penggunaan Maklumat Peribadi anda oleh Ormond Group Hotels.
e) Bagi transaksi pembayaran daripada mana-mana Laman Sesawang kami yang dikendalikan dan diproses oleh Notel Management Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Tune Hotels Management Sdn Bhd) untuk dan bagi pihak Ormond Group Hotel, Notel Management Sdn Bhd akan membantu dalam mematuhi kewajipannya di bawah Polisi Kerahsiaan ini.
2. NOTIS
a) Polisi Kerahsiaan ini berfungsi sebagai notis menurut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010.
b) Kami akan mengubah atau mengemaskinikan Polisi Kerahsiaan ini dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumi anda tentang sebarang perubahan Polisi Kerahsiaan ini di Laman Sesawang kami. Sila rujuk sentiasa Laman Sesawang kami untuk Polisi Kerahsiaan kami yang terkini.
3. PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT
a) Kami akan mengumpul dan menyimpan maklumat/data peribadi (“Maklumat Peribadi”) tentang anda atau seseorang yang anda wakili ketika membuat tempahan atau yang mengembara bersama (“Pihak Ketiga”), iaitu, maklumat berkaitan anda atau Pihak Ketiga tersebut, sebagai seorang yang boleh dikenal pasti. Maklumat Peribadi ini mengandungi tanpa had, nama penuh, jantina, alamat surat menyurat dan e-mel, nombor telefon, kewarganegaraan, nombor pasport, tarikh dan tempat lahir, visa atau data pengenalan lain yang dikeluarkan kerajaan, butiran perhubungan lain, butiran pengenalan, nombor kad kredit dan debit atau butiran pembayaran lain, maklumat tempahan dan perjalanan, data program keahlian atau kesetiaan, penyertaan peraduan atau program pemasaran, kecenderungan tetamu, surat menyurat dan maklumat berkenaan yang lain dalam memberikan perkhidmatan yang diingini oleh anda dan/atau Pihak Ketiga atau seseorang yang anda kenali, yang sedang mencari, yang kami terima daripada anda melalui pelbagai sumber mengandungi tanpa had, Laman Sesawang, enjin tempahan, kemudahan tempahan suara atau telefon yang disediakan, kemudahan daftar masuk, laman atau kempen media sosial, kempen pemasaran langsung, peraduan, saluran jumpa terus atau pengedaran, termasuk agensi pelancongan atas talian kami. Jika anda menghantar Maklumat Peribadi Pihak Ketiga kepada kami, anda bersetuju bahawa anda telah memperoleh persetujuan daripada Pihak Ketiga tersebut untuk memberi kami Maklumat Peribadi mereka dan untuk melihat atau menukar maklumat mereka dan anda membenarkan kami untuk menggunakan Maklumat Peribadi menurut Polisi Kerahsiaan ini. Anda bersetuju untuk menanggung kerugian kami sekiranya kami mengalami sebarang kehilangan atau kerosakan akibat kegagalan anda mematuhi hal yang sama.
b) Kami akan mengumpul data lain yang secara umumnya tidak mendedahkan identiti khusus anda atau tiada kaitan langsung dengan anda atau Pihak Ketiga sebagai seorang individu (“Data Lain”). Setakat mana Data Lain mendedahkan identiti khusus anda atau berkaitan dengan anda atau Pihak Ketiga sebagai seorang individu, kami akan menganggap Data Lain sebagai Maklumat Peribadi. Data Lain mengandungi tanpa terhad, katalog laman yang anda lawati, bilangan lawatan ke Laman Sesawang kami, data pelayar dan peranti, data penggunaan aplikasi, data yang dikumpul melalui cookies (lihat bahagian COOKIES di bawah), tag piksel dan teknologi lain, data demografi dan data lain yang anda berikan dan data agregat.
c) Jika anda menggunakan peranti mudah alih semasa melayari Laman Sesawang atau membuat apa-apa tempahan melalui Laman Sesawang atau aplikasi mudah alih kami, kami akan mengutip alamat IP atau pengecam peranti lain, jenis dan versi pelayar, tetapan zon masa, jenis dan versi pemalam pelayar, sistem dan pelantar operasi, dan maklumat peranti mudah alih lain anda.
d) Apabila anda memasuki WiFi hotel kami atau membuka tetapan WiFi anda di dalam mana-mana Ormond Group Hotels kami atau menggunakan peranti mudah alih anda semasa berada di dalam Ormond Group Hotels kami dengan keupayaan WiFinya dihidupkan atau semasa anda memasuki WiFi percuma kami, kami akan mengutip butiran tambahan sistem operasi telefon anda, alamat MAC dan lokasi data semasa anda berada di dalam mana-mana Ormond Group Hotels kami atau di kawasan sekitar terhampir. Jika anda tidak mahu kami menjejaki peranti anda atau menggunakan maklumat anda melalui cara ini, sila matikan keupayaan WiFi pada telefon anda atau pada tetapan peranti elektronik anda yang lain.
e) Anda bertanggungjawab memastikan bahawa Maklumat Peribadi yang diberikan tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa Maklumat Peribadi tersebut adalah yang terkini.
f) Kami akan mengutip Maklumat Peribadi pada suatu keadaan atau lebih seperti berikut atau untuk suatu tujuan atau lebih seperti berikut:
(i) untuk memproses tempahan anda dan untuk tujuan operasi dan pentadbiran lain, mengandungi tanpa had, pemprosesan bil dan bayaran, pemberitahuan perjalanan, pengurusan akaun anda;
(ii) untuk melengkapkan tempahan dan penginapan anda, contohnya, untuk memproses pembayaran anda, memastikan bilik anda tersedia dan menyediakan perkhidmatan layanan pelanggan yang berkaitan kepada anda.
(iii) untuk menyediakan perkhidmatan dan sokongan pelanggan kepada anda atau seseorang yang anda kenali. Dalam kes Maklumat Peribadi yang anda beri kepada kami dalam permohonan anda untuk suatu peranan dengan mana-mana ahli Ormond Group, untuk menilai kesesuaian anda untuk bekerja dengan kami, melaksanakan kontrak perkhidmatan, pentadbiran kakitangan, tujuan latihan dan pengurusan, tujuan berkaitan manfaat yang diberikan kepada anda sebagai pekerja ahli Ormond Group, melaksanakan kontrak lain yang telah dimasukkan antara anda dan kami dan apa-apa tujuan lain yang berkaitan dengan perkara yang disebutkan di atas;
(iv) Untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang dimestikan oleh undang-undang dan untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia, termasuk keperluan pelaporan kewangan yang dikenakan oleh pengawal selia kerajaan dan juruaudit kami;
(v) untuk menubuhkan, menjalankan atau mempertahankan tuntutan undang-undang atau prosiding;
(vi) untuk keperluan pentadbiran, operasi, pemasaran, perancangan, pembangunan produk atau perkhidmatan, penyelesaian masalah dan keperluan kajian;
(vii) untuk menghantar maklumat tentang produk dan perkhidmatan, dan tawaran istimewa atau promosi, surat berita atau borang tinjauan pelanggan, kajian pasaran dan soal selidik kepada anda;
(viii) sebagai sebahagian daripada suatu program yang anda telah sertai (sebagai contoh, program kesetiaan) atau pembelian yang anda telah lakukan untuk menawarkan dan menguruskan penyertaan anda dalam program kesetiaan tersebut, menghantar kepada anda tawaran atau promosi dan maklumat berkenaan status dan aktiviti akaun anda;
(ix) untuk analisis data, audit, pemantauan keselamatan dan pencegahan penipuan (termasuk penggunaan kamera litar tertutup (CCTV), kad kunci dan sistem keselamatan lain), membangunkan barangan dan perkhidmatan baharu, menambah baik, mempertingkatkan atau mengubahsuai perkhidmatan kami, mengenal pasti trend penggunaan, menentukan keberkesanan kempen promosi dan operasi serta mengembangkan aktiviti perniagaan kami;
(x) untuk menyelesaikan pertikaian atau penguatkuasaan terma dan syarat kami yang boleh didapati di Laman Sesawang (jika ada) atau mana-mana Ormond Group Hotels kami; dan
(xi) untuk sebarang tujuan yang dimaklumkan kepada anda ketika Maklumat Peribadi anda dikutip (secara kolektif merujuk “Tujuan”).
g) Anda boleh menarik diri pada bila-bila masa daripada menerima komunikasi pemasaran kami dengan menghubungi kami (lihat bahagian HUBUNGI KAMI di bawah) dan kami akan memastikan bahawa nama anda dikeluarkan daripada senarai mel kami.
h) Kami menggunakan maklumat agregat umum untuk menjana statistik dan mengukur aktiviti laman untuk meningkatkan kebergunaan lawatan pelanggan. Maklumat tersebut tidak melibatkan Maklumat Peribadi.
i) Kami akan mendedahkan maklumat anda:
(i) kepada syarikat berkaitan, syarikat gabungan, penasihat, kontraktor, vendor atau penyedia perkhidmatan, pemegang lesen, juruaudit, bank, rakan kongsi perniagaan untuk tujuan operasi dan penyelenggaraan Laman Sesawang atau perniagaan kami, untuk tujuan pemasaran bersilang dan oleh yang demikian untuk menyediakan perkhidmatan dan sokongan pelanggan kepada anda;
(ii) kepada pemilik dan pengendali hotel francais kami atau rakan kongsi perniagaan dan pelabur kami;
(iii) kepada pihak ketiga yang mempunyai hubungan komersial dengan kami, untuk pemasaran, pengiklanan dan tujuan berkaitan, melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu kami mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan;
(iv) kepada laman sesawang media sosial;
(v) kepada pihak ketiga dalam keadaan berlaku apa-apa penyusunan semula, penggabungan, penjualan, usaha sama, tugasan, pemindahan atau pelupusan semua atau apa-apa bahagian perniagaan, aset atau saham Ormond Group Hotels (termasuk apa-apa kebankrapan atau prosiding seumpamanya);
(vi) untuk membenarkan kami mendapatkan pemulihan yang ada atau mengehadkan kerosakan yang kami alami dalam mahkamah undang-undang; dan
(vii) sebagaimana yang dikehendaki atau diberi kuasa di bawah undang-undang atau yang disediakan dalam kerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa kerajaan.
(j) Jika anda gagal memberikan Maklumat Peribadi anda kepada kami seperti yang dinyatakan pada perenggan 3(a) di atas, kami tidak dapat melaksanakan dan/atau melakukan apa-apa daripada Tujuan tersebut.
4. MAKLUMAT SENSITIF
Terma “maklumat sensitif” merujuk maklumat berkaitan bangsa dan etnik asal anda, pendapat politik, kepercayaan agama atau falsafah, keahlian kesatuan sekerja, kesihatan fizikal atau mental, atau orientasi seksual, maklumat genetik, latar belakang jenayah dan apa-apa data biometrik yang digunakan untuk tujuan pengenalan unik. Dalam beberapa bidang kuasa, nombor telefon bimbit, data lokasi, dan maklumat yang mengandungi dokumen identiti juga dianggap sebagai maklumat sensitif.
Kami umumnya tidak mengumpul maklumat sensitif melainkan anda secara nyata membenarkan pemprosesan maklumat sensitif anda atau melainkan kami dikehendaki berbuat demikian menurut undang-undang atau peraturan yang berkenaan. Kami akan menggunakan data kesihatan yang diberikan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda dan memenuhi keperluan khusus anda (contohnya, peruntukan akses kehilangan upaya).
5. PENCEGAHAN PENIPUAN
Kami berkongsi maklumat kewangan anda termasuk kad kredit, kad debit atau maklumat pembayaran lain dengan pihak ketiga untuk memastikan pembayaran anda selamat dan butiran anda tidak digunakan secara penipuan. Perkongsian data ini membolehkan kami menjalankan analisis penipuan yang memastikan butiran pembayaran tulen dan tepat diberikan kepada kami untuk sebarang pembelian. Kami akan berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan agensi kredit jika anda memohon kredit.
6. KOMUNIKASI PEMASARAN DAN PROMOSI
a) Kami akan menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar maklumat tentang produk dan perkhidmatan, dan tawaran istimewa atau promosi yang ditawarkan oleh mana-mana ahli Ormond Group, surat berita atau borang tinjauan dan soal selidik pelanggan kepada anda melalui SMS, pos dan e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan tersebut.
b) Anda boleh menarik diri daripada menerima apa-apa komunikasi daripada kami pada bila-bila masa dengan mengklik pautan “unsubscribe” pada komunikasi e-mel yang berkaitan atau menghubungi kami untuk permintaan tersebut (lihat bahagian HUBUNGI KAMI di bawah).
7. KESELAMATAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
a) Kami akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi apa-apa Maklumat Peribadi yang kami terima daripada anda melalui Laman Sesawang kami daripada penyalahgunaan dan kehilangan dan daripada akses tanpa kebenaran, pengubahsuaian atau pendedahan. Kami akan menyimpan maklumat anda dalam bentuk elektronik atau bertulis atau mengekalkan pihak ketiga untuk menyimpan maklumat itu bagi pihak kami. Apabila dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan, Maklumat Peribadi akan dimusnahkan atau dinyahcamkan apabila tidak diperlukan lagi.
b) Dengan memberi kami Maklumat Peribadi atau menggunakan perkhidmatan atau Laman Sesawang kami, anda bersetuju dengan pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan Maklumat Peribadi pada pelayan, pangkalan data pusat dan kemudahan sistem kami yang terletak dan/atau beroperasi, yang mungkin berada di luar negara anda bermastautin atau lokasi anda mengakses Laman Sesawang kami untuk memberikan Maklumat Peribadi, dan akan melibatkan, antaranya ialah, Malaysia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
c) Walau bagaimanapun, memandangkan Laman Sesawang tersebut dipaut ke internet, dan internet sememangnya tidak selamat, kami tidak dapat memberikan sebarang jaminan mengenai keselamatan penghantaran maklumat yang dikomunikasikan kepada kami dan anda melakukannya dengan risiko sendiri.
8. PAUTAN KE LAMAN SESAWANG LAIN
a) Laman Sesawang kami berkemungkinan mengandungi pautan ke laman sesawang yang dikendalikan oleh pihak ketiga (“Laman Sesawang Pihak Ketiga”). Kami tidak bertanggungjawab ke atas amalan kerahsiaan atau isi kandungan Laman Sesawang Pihak Ketiga. Laman Sesawang Pihak Ketiga bertanggungjawab untuk memaklumi anda tentang amalan kerahsiaan mereka sendiri.
9. AKSES, PEMBETULAN DAN PENARIKAN BALIK
a) Anda boleh meminta untuk mengakses apa-apa Maklumat peribadi yang kami simpan berkenaan anda atau mana-mana Pihak Ketiga yang telah menerima Maklumat Peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami (lihat bahagian HUBUNGI KAMI di bawah). Apabila kami menyimpan maklumat yang anda layak untuk mengaksesnya, kami akan berusaha menyediakan cara yang bersesuaian untuk anda mengaksesnya (contohnya melalui e-mel atau mel kepada anda).
b) Jika anda meyakini bahawa Maklumat Peribadi anda yang kami simpan tidak betul, tidak lengkap atau tidak tepat, maka anda boleh meminta untuk melakukan pembetulan. Kami akan mempertimbangkan jika maklumat tersebut memerlukan pindaan. Jika kami tidak bersetuju bahawa terdapat alasan untuk pindaan maka kami akan menambah nota pada Maklumat Peribadi yang menyatakan bahawa anda tidak bersetuju dengannya.
c) Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010, dan pada suatu tahap tidak terhad oleh mana-mana undang-undang lain yang berkenaan, kami boleh:
(i) mengenakan bayaran untuk memproses permintaan anda untuk mengakses atau melakukan pembetulan pada Maklumat Peribadi; dan
(ii) menolak untuk mematuhi permintaan anda untuk mengakses atau melakukan pembetulan pada Maklumat Peribadi dan memberikan anda suatu sebab bagi penolakan kami.
d) Anda boleh menarik balik atau mengehadkan kebenaran anda terhadap pemprosesan Maklumat Peribadi berkenaan anda yang kami simpan atau mana-mana Pihak Ketiga yang telah menerima Maklumat Peribadi anda (kecuali maklumat yang perlu kami kekalkan sebagai mematuhi keperluan undang-undang dan kawal selia atau jika terdapat alasan yang sah untuk berbuat demikian di bawah undang-undang, seperti tuntutan undang-undang dan sebagainya.), daripada pangkalan data kami atau memerlukan kami untuk menghentikan pemprosesan semua atau bahagian daripada Maklumat Peribadi anda, pada bila-bila masa dengan menyerahkan notis yang bertulis kepada pegawai kami pada alamat di bawah (sila lihat bahagian HUBUNGI KAMI di bawah). Sila ambil perhatian bahawa selepas Maklumat Peribadi anda dipadamkan, kami tidak dapat memberikan perkhidmatan yang setaraf kepada anda kerana kami tidak mengetahui kecenderungan anda.
10. MAKLUMAT PERIBADI DARIPADA KANAK-KANAK
Kami tidak menyedari bahawa kami telah mengumpul Maklumat Peribadi daripada individu di bawah umur 18 tahun. Sebagai ibu bapa atau penjaga sah, sila jangan benarkan anak anda menyerahkan Maklumat Peribadi tanpa keizinan anda.
11. COOKIES
a) Kami menggunakan cookies dalam Laman Sesawang kami untuk:-
(i) Mengekalkan sesi anda dan butiran yang diperlukan apabila anda melayari Laman Sesawang kami atau ketika pendaftaran atau proses tempahan (session cookie);
(ii) Mengumpulkan data penggunaan laman sesawang untuk tujuan statistik/analisis (analytic cookie); dan
(iii) Mengarahkan anda ke halaman capaian yang betul berdasarkan lokasi geo anda (geo-targetting cookie).
b) Anda boleh mengarahkan pelayar anda, dengan cara mengubah tetapan, untuk berhenti menerima cookies atau untuk memaklumi anda sebelum menerima cookies daripada laman sesawang yang anda lawati. Sila ambil perhatian bahawa Laman Sesawang kami tidak akan berfungsi dengan baik jika tetapan cookies ini dimatikan. Sila rujuk polisi cookies kami untuk penerangan dan tujuan pelbagai jenis cookies dan teknologi lain yang akan digunakan oleh Ormond Group.
12. HUBUNGI KAMI
a) Sentiasa tertakluk pada hak dan kewajipan kontrak kami di bawah undang-undang yang berkenaan, anda boleh membuat pilihan anda berkenaan dengan pendedahan, pengekalan dan penggunaan maklumat peribadi anda. Sekiranya anda hendak melakukan perkara di atas, atau jika mempunyai sebarang soalan tentang Polisi Kerahsiaan kami, atau sebarang kemusykilan atau aduan berkenaan layanan kerahsiaan anda oleh kami, termasuk tanpa terhad Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010, sila hubungi kami di:
Nama: Cik Cymantha Sothiar
Jawatan: Pengurus, Pejabat Penempahan Utama
E-mel: pdpa@tunehotels.com
Alamat:
Pejabat Pematuhan PDPA
Aras Bawah, Bangunan ECM Libra
No 8 Jalan Damansara Endah
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Telefon: 03-20825651
13. KEMAS KINI POLISI KERAHSIAAN
Penunjuk “Kemas Kini Terakhir” di bahagian atas laman ini menunjukkan bilakah Polisi Kerahsiaan ini disemak. Kami akan mengubah suai Polisi Kerahsiaan ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan kepada Polisi Kerahsiaan akan berkuat kuasa apabila kami menyiarkan Polisi Kerahsiaan yang telah disemak di laman sesawang ini. Penggunaan Laman Sesawang, apa-apa produk dan perkhidmatan kami, dan/atau memberikan persetujuan kepada Polisi Kerahsiaan yang dikemas kini berikutan perubahan tersebut menunjukkan penerimaan anda terhadap Polisi Kerahsiaan yang telah disemak kemudiannya berkuat kuasa.
14. LAIN-LAIN
a) Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain dalam Polisi Kerahsiaan ini, syarat-syarat dalam versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
APENDIKS A
PERUNTUKKAN TAMBAHAN TERPAKAI PADA PENDUDUK KESATUAN EROPAH DAN PEMPROSESAN MAKLUMAT PERIBADI MEREKA ADALAH MENURUT REGULASI PERLINDUNGAN DATA UMUM (EU) 2016/679 (“GDPR”)
Apendiks A menjelaskan beberapa hak yang mungkin dimiliki oleh penduduk EU dalam hubungan dengan pemprosesan Maklumat Peribadi anda menurut GDPR.
1. MENGAPA KAMI MEMPROSES DATA PERIBADI ANDA?
Kami mungkin memproses Maklumat Peribadi anda untuk:
a) menyediakan perkhidmatan hotel kami kepada anda – apabila anda membuat tempahan dengan kami, kami akan memproses Maklumat Peribadi anda, termasuk tanpa had, nama penuh, jantina, alamat surat-menyurat dan e-mel anda, nombor telefon, tempat dan tarikh lahir, kewarganegaraan, nombor pasport dan visa atau maklumat pengenalan lain yang dikeluarkan oleh kerajaan (termasuk memperoleh salinan imbasan pasport/visa ketika mendaftar masuk), maklumat perhubungan, maklumat pembayaran dan kad kredit, maklumat tempahan dan perjalanan, dan maklumat lain yang akan berkaitan untuk membolehkan kami melengkapkan permintaan tempahan anda, menghantar pengesahan tempahan kepada anda, mendaftarkan anda untuk keahlian (jika berkenaan), mengkhususkan perkhidmatan dan kemudahan hotel kami mengikut pilihan anda (termasuk akses ke WiFi kami), memperoleh dan menebus mata ganjaran/ganjaran (jika berkenaan), dan menyimpan dengan baik rekod transaksi anda dengan kami.
b) menyediakan bahan pemasaran dan promosi kami kepada anda – Kami mungkin akan menghantar maklumat dan kemas kini tentang hotel kami termasuk hotel yang dimiliki dan/atau diurus oleh mana-mana ahli Ormond Group kami, termasuk surat berita terkini, promosi atau tawaran, peraduan, maklum balas kami terhadap pertanyaan anda, kemas kini pada laman sesawang kami, atau perubahan pada terma dan syarat dan polisi.
c) mempertingkatkan peruntukan perkhidmatan kami – dari semasa ke semasa, kami mungkin melakukan penyelidikan pasaran dalam bentuk tinjauan untuk mengetahui tentang pengalaman hotel anda, pendapat anda tentang produk dan perkhidmatan kami dan bagaimana kami boleh menambah baik dan membangunkan lagi perkhidmatan kami untuk memberikan layanan yang lebih baik kepada tetamu kami. Kami juga mungkin akan melakukan analisis dan/pemprofilan, kempen pengiklanan dan juga aktiviti promosi berkaitan produk dan perkhidmatan kami.
d) bekerja dengan pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda – kami juga mungkin akan memproses Maklumat Peribadi anda apabila kami bekerja dengan pihak ketiga termasuk tanpa had, ejen pelancongan, organisasi pelancongan berkumpulan, pengendali penerbangan, syarikat kad kredit, program kesetiaan pihak ketiga atau mana-mana pihak lain yang mungkin terlibat dalam proses untuk mengurus perjalanan anda.
e) menjaga keselamatan anda – apabila anda menginap di hotel kami, kami mungkin memerlukan Maklumat Peribadi untuk pengecaman dan pengesahan terutama untuk melaksanakan sistem keselamatan dalam hotel dan kemudahan kami.
f) lain-lain – untuk apa-apa tujuan lain yang dinyatakan pada perenggan 3(c) Apendiks A Dasar Kerahsiaan atau apa-apa tujuan lain yang dimaklumkan kepada anda ketika Maklumat Peribadi dan dikumpul atau sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan.
g) Sila ambil maklum bahawa kami hanya akan memproses Maklumat Peribadi anda berdasarkan satu atau lebih daripada prinsip undang-undang berikut:
i. Bahawa anda telah memberikan kebenaran;
ii. Pemprosesan data anda diperlukan untuk melaksanakan arahan anda kepada kami;
iii. Untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami (iaitu penyimpanan rekod cukai);
iv. Pemprosesan diperlukan untuk tujuan kepentingan yang sah yang dilakukan oleh kami atau pihak ketiga, kecuali kepentingan tersebut ditolak oleh kepentingan anda atau hak dan kebebasan asas.
2. BERAPAKAH TEMPOH MASA PENYIMPANAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA?
Kami akan menyimpan Maklumat Peribadi anda bagi tempoh yang diperlukan untuk mencapai tujuan maklumat itu dikumpulkan, yang lazimnya berlangsung dalam hubungan kontrak antara kami dan anda dan untuk apa-apa tempoh selepas itu yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan (iaitu sehingga anda menarik balik kebenaran anda untuk kami menyimpan Maklumat Peribadi anda).
3. APAKAH HAK ANDA?
a) Akses, Pembetulan dan Pemadaman: anda mempunyai hak untuk meminta kami mengesahkan sama ada kami memproses Maklumat Peribadi anda, mendapatkan satu salinan Maklumat Peribadi anda daripada kami, menerima maklumat tentang bagaimana Maklumat Peribadi anda diproses, meminta kemas kini atau pembetulan pada Maklumat Peribadi anda, dan juga hak untuk meminta untuk pemadaman/pemotongan Maklumat Peribadi anda.
b) Hak untuk membantah pemprosesan Maklumat Peribadi anda: anda mempunyai hak untuk meminta kami menghentikan pemprosesan maklumat anda untuk tujuan pemasaran langsung, termasuk pemprofilan. Kami tidak lagi akan memproses Maklumat Peribadi anda kecuali kami berupaya menunjukkan alasan yang sah untuk pemprosesan tersebut yang menolak kepentingan, hak dan kebebasan untuk mewujudkan, menjalankan atau mempertahankan tuntutan undang-undang.
c) Hak untuk menyekat pemprosesan data anda: Anda mempunyai hak untuk meminta kami menyekat pemprosesan Maklumat Peribadi anda, (i) ketika kami sedang dalam proses mengesahkan ketepatan data anda dan kemudian mengemaskini Maklumat Peribadi anda; (ii) apabila pemprosesan itu menyalahi undang-undang dan anda membantah pemadaman data anda dan sebaliknya meminta untuk menyekat pemprosesan data tersebut; (iii) apabila kami tidak lagi memerlukan data anda, tetapi anda mungkin memerlukan kami menyimpan perkara yang sama untuk mewujudkan, melaksanakan atau mempertahan tuntutan undang-undang; atau (iv) apabila anda telah menghantar suatu bantahan terhadap pemprosesan sementara menunggu pengesahan sama ada alasan sah kami menolak kepentingan, hak dan kebebasan anda.
d) Hak untuk tidak tertakluk pada pengambilan keputusan secara automatik, termasuk pemprofilan: Dengan persetujuan anda, kami berupaya memproses Maklumat Peribadi anda dan membuat keputusan automatik, termasuk pemprofilan, untuk membolehkan kami menawarkan manfaat tertentu berdasarkan ciri-ciri anda. Walau bagaimanapun, anda mempunyai hak untuk meminta intervensi manusia dan boleh meminta kami agar menjadikan data anda tidak tertakluk pada pengambilan keputusan/pemprofilan automatik.
e) Hak untuk data mudah alih: Anda mempunyai hak untuk meminta kami memberikan Maklumat Peribadi anda (yang kami peroleh berdasarkan kebenaran anda) kepada pihak ketiga dalam suatu format berstruktur yang lazim digunakan dan boleh dibaca mesin.
f) Hak untuk menarik balik kebenaran: anda berhak menarik balik kebenaran terhadap apa-apa pemprosesan yang kami lakukan terhadap Maklumat Peribadi anda.
Untuk melaksanakan apa-apa yang di atas, sila hubungi kami di pdpa.compliance@ormondhotels.com (butiran lain dan maklumat perhubungan boleh didapati di perenggan 13 Dasar Kerahsiaan kami).
4. PEMINDAHAN DATA PERIBADI ANDA
Sebagaimana kami aktif di peringkat antarabangsa, kami mungkin memindahkan Maklumat Peribadi anda ke luar negara jika diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan di atas pada perenggan 1 Apendiks A ini. Apabila kami melakukan pemindahan sedemikian, kami akan memastikan bahawa kami menyediakan perlindungan yang sewajarnya menurut GDPR.
5. LAIN-LAIN
a) Sekiranya terdapat ketidakselarasan antara Dasar Kerahsiaan kami dan peruntukan tambahan di Lampiran A ini, terma-terma di Lampiran A akan diguna pakai untuk penduduk EU.
b) Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap dasar data peribadi kami atau pelaksanaan hak anda, anda boleh menghubungi kami di pdpa@tunehotels.com atau pihak berkuasa penyeliaan di Negara Anggota kediaman anda.