Dengan akses cepat dan mudah ke KLIA dan klia2, Tune Hotel Aeropolis menawarkan nilai yang sangat baik untuk lokasi hotel yang memudahkan. Hotel ini juga menawarkan khidmat Pengangkutan ulang-alik 24 jam percuma ke Tune Hotel klia2 untuk akses yang lebih mudah ke terminal. Litar Antarabangsa Sepang hanya 3.7km jauhnya.
- 15 minit memandu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2
- 15 minit memandu ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
- Litar Antarabangsa Sepang terletak sejauh 3.7km
- Glasshouse Cafe Sepang menawarkan set sarapan pagi dari 6:30 pagi - 10:30 pagi setiap hari dengan kadar RM15.90 set
- Masa daftar masuk: Bermula dari 2:00 petang
- Masa daftar keluar : 11:00 pagi
- Hotel ini juga menawarkan khidmat Pengangkutan ulang-alik 24 jam percuma ke/dari Tune Hotel klia2.Khidmat pengangkutan ulang-alik bermula setiap hari pada tengah malam dan berangkat sekali setiap 2 jam. Pra-tempahan perlu dilakukan di kaunter penyambut tetamu dan kenderaan pengangkutan hanya memuatkan 9 penumpang pada satu masa. Penumpang yang membuat pra-tempahan dan datang awal akan mendapat tempat dalam kenderaan terlebih dahulu.
- Sila lihat jadual perkhidmatan pengangkutan di sini.