Tune Hotels.com akan dibuka di Kota Bharu, Kelantan
KOTA BHARU – Tune Hotels.com – jenama hotel perkhidmatan terhad yang memberikan pengalaman tidur 5-bintang pada harga 1-bintang, akan membuka Tune Hotels.com – KB Sentral, Kota Bharu menjelang penghujung tahun ini. Upacara pecah tanah untuk bangunan hotel itu telah diadakan di sini hari ini yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Haji Ahmad bin Ya’kob.
Hotel Tune Hotels.com – KB Sentral akan dibina bawah perjanjian usahasama antara Tune Hotels.com dan Kumpulan HLK yang telah menubuhkan HLK Ventures Sdn Bhd untuk mambangun dan menguruskan operasi hotel tersebut.
Terletak di pusat bandar Kota Bharu bersebelahan dengan mercu tanda popular KB Mall, Tune Hotels.com yang baru nanti akan mempunyai 150 bilik terdiri daripada 104 bilik kelamin, 45 bilik katil berkembar serta satu bilik mesra-OKU (orang kurang upaya). Pengunjung akan mendapati lokasi hotel berkenaan amat strategik dengan dikelilingi pusat beli-belah, makanan serta kebudayaan Kelantan yang sungguh kaya.
Tune Hotels.com - KB Sentral, Kota Bharu merupakan antara 5 hotel baru yang dijangka dibuka di Malaysia tahun ini. Hotel Tune Hotels.com di Danga Bay, Johor Bahru; Kota Damansara, Selangor; Miri dan Bintulu di Sarawak juga dijangka dibuka tahun ini. Hotel-hotel yang telah beroperasi terletak di Kuala Lumpur, KLIA-LCCT, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching. Tune Hotels.com juga baru-baru ini membuka hotel pertamanya di luar negara yang terlatak di Bali, Indonesia iaitu di Kuta dan Double Six, Legian.
Pelan pengembangan Tune Hotels.com yang agresif termasuk usahasama strategik dengan Evolution Capital Public Company Limited untuk memfrancais pembukaan 44 hotel Tune Hotels.com di Thailand, China, Bangladesh, Filipina dan Indonesia, serta dengan Apodis Hospitality Group untuk melabur, membangun dan mengendali 20 hotel Tune Hotels.com di India menjelang 2012. Secara keseluruhannya termasuk pelan pembangunan di Malaysia, Tune Hotels.com menjangka mempunyai 100 hotel yang beroperasi menjelang 2013.
Mark Lankester, Ketua Eksekutif Kumpulan Tune Hotels.com berkata, “Walaupun semakin ramai pengguna menikmati tambang murah yang disediakan penerbangan tambang rendah seperti AirAsia, mereka masih terpaksa menginap di hotel khidmat penuh apabila tiba di destinasi. Justeru, Tune Hotels.com berharap boleh menyumbang ke arah menjadikan Kota Bharu salah satu destinasi pelancongan utama negara dengan menarik lebih ramai pelancong ke sini.”
Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Haji Ahmad bin Ya’kob memuji langkah Tune Hotels.com dalam menyokong usaha negeri untuk terus membangun. Beliau mengalu-alukan ketibaan jenama hotel perkhidmatan terhad di Kota Bharu dengan berkata: “Konsep Tune Hotels.com yang inovatif amat menarik. Dalam proses pengembangannya ke seluuh dunia, kami berasa amat gembira menjadi salah satu dari rangkaian Tune Hotels.com.”
Rakan kongsi Tune Hotels.com – KB Sentral, Kota Bharu ialah Kumpulan HLK, sebuah syarikat pembinaan yang telah menceburi perniagaan barangan elektrik melalui rangkaian kedai HLK yang mempunyai 20 cawangan di seluruh negara. HLK Ventures Sdn Bhd adalah syarikat yang ditubuhkan khusus untuk membangun dan menguruskan operasi Tune Hotels.com - KB Sentral, Kota Bharu. Bangunan hotel ini dijangka siap sepenuhnya dalam suku keempat 2010.
TS Ting, Pengarah Urusan HLK Ventures Sdn Bhd berkata, “Model perniagaan Tune Hotels.com amat bersesuaian untuk kami. Konsep ini amat relevan kepada gaya hidup dan corak perjalanan masa kini. Produk ini memberikan nilai terbaik untuk wang dan akan membantu mempertingkatkan pelancongan dan perniagaan di Kelantan.”
Sepertimana syarikat penerbangan tambang rendah, Tune Hotels.com menggunakan sistem penempahan layan diri secara dalam talian yang menggalakkan pengguna membuat tempahan lebih awal di www.tunehotels.com untuk mendapat harga yang rendah. Tune Hotels.com mengenakan kadar yang rendah dengan mengamalkan konep perkhidmatan terhad tanpa kemudahan-kemudahan yang lazimnya jarang digunakan seperti kolam renang dan gimnasium manakala penjimatan ini disalurkan pula kepada pengguna. Semua hotel Tune Hotels.com mempunyai ciri efisien ruang dengan menumpukan kepada kemudahan asas berkualiti tinggi iaitu tilam 5-bintang dan pancuran air panas untuk mandi.
Walaupun berharga minimum, hotel-hotel yang terletak di lokasi strategik ini menyediakan perkhidmatan pembersihan bilik setiap hari, kunci kad elektronik, TV litar tertutup 24 jam serta pengawal keselamatan, manakala pintu utama hanya boleh dibuka menggunakan kunci kad elektronik selepas tengah malam. Melalui sistem bayar-untuk-guna "Jangan Membazir, Selamatkan Bumi" yang diamalkan Tune Hotels.com, termasuk untuk pendingin hawa, tuala mandi serta peralatan lain yang menggunakan tenaga, Tune Hotels.com ingin membantu pengguna menjimatkan wang dan pada masa yang sama menyelamatkan sumber semulajadi bumi.
Kadar promosi Tune Hotels.com bermula dari RM15 semalam untuk hotelnya di Kuching, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Tune Hotels.com di Bali pula boleh ditempah dengan harga bermula dari RM35 (Rp98,000). Harga promosi ini adalah untuk penginapan dari 2 Februari hingga 30 April 2010.
Sejak membuka hotel pertama di Kuala Lumpur pada 2007, lebih 500,000 tetamu telah menginap di hotel-hotel milik Tune Hotels.com.
Untuk tempahan atau maklumat lanjut sila lawati www.tunehotels.com atau email kepada enquiry@tunehotels.com.
Recent Press Release
- TUNE HOTELS SCORES BIG IN INDONESIA | Named among 20 Most Innovative Brands
- No More Admin Fee as Tune Hotels Celebrates Bintulu Opening
- Opening to Tune Hotel Bintulu a Contribution to SCORE
- TUNE HOTELS TO ADD 1,023 ROOMS UNDER COLLABORATION WITH RED PLANET HOTELS
- Tune Hotels Opens Its 10th Property in London
- Tune Hotels Opens Its 10th Property in London
- TUNE HOTELS.COM MARKS UK ENTRY THROUGH LOTUS RACING AT SILVERSTONE
- Tune Hotels.com to Open 15 Hotels Across Greater London, UK in £150 million investment
- Tune Hotels.com akan dibuka di Kota Bharu, Kelantan
- Tune Hotels.com Offers Bali Rooms from RM0.70 (Approximately AUD0.23) Onwards!






